Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2025 @ 1:10pm

Individu Dakwa Bekas Suami Aprena Manrose Keluar Dengan Wanita Lain? #YouLostDiamond Jadi Tanda Tanya

Kisah perceraian pelakon, Aprena Manrose bersama bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman menjadi perbualan hangat di media sosial.

Menerusi platform Threads, ada individu mendakwa dia pernah melihat Afiq berdua-duaan keluar bersama seorang wanita tidak bertudung di sekitar kawasan Wangsa Maju.

Malah, ada segelintir individu seolah-olah mempercayai dakwaan tersebut sekali gus mengaitkan isu itu dengan tanda pagar #YouLostYourDiamondWhileChasingAStone yang ditulis Aprena ketika mengumumkan berita perceraiannya di Instagram (IG) miliknya, baru-baru ini.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi perceraian rumah tangga Aprena bersama Afiq adalah berpunca daripada isu wujudnya orang ketika.

Bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis tiada sebarang respons daripada pihak anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan berhubung dakwaan tersebut.

Pada Ahad lalu, Aprena mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah bercerai bersama bekas suami, Afiq setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016 dan mereka belum dikurniakan anak.

Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Umum Perceraian – “I Am No Longer Afiq’s Wife”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Aug 2023
Featured Fri, 2 Apr 2021

12 April Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

Bulan Ramadan menjelang tiba.. Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan tempat […]

Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Tue, 24 Mar 2020
Trending Thu, 5 Apr 2018

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

error: Content is protected !!