Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 5, 2018 @ 5:19am

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Polis Indonesia mengesahkan seramai 24 orang maut selepas meminum sejenis air Coca Cola yang dicampur alkohol dan minuman tenaga.

Kejadian terbaharu ini membabitkan penjualan arak buatan sendiri di Indonesia.

Polis berkata, seorang pemilik kedai di Jakarta ditangkap semalam kerana menjual arak buatan sendiri di gerai herba miliknya.

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Beberapa lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital.

“Peniaga ini mengaku dia mencampurkan alkohol tulen dengan minuman Coca Cola dan minuman tenaga. Lelaki itu menyangka minuman itu selamat tetapi ia menyebabkan pelanggannya maut,” kata ketua polis Jakarta Selatan, Indra Ja’far.

Ujarnya, sebahagian minuman campuran bahaya itu mungkin datang dari satu pengedar tunggal yang menjual kepada peniaga tempatan.

“Kami kini memburu penjual bukan sahaja peniaga kecil tetapi turut termasuk pengedar.

“Kami percaya pengedar yang besar di sebalik kes ini,” kata ketua polis Jakarta Timur, Tony Surya Putra. 

Sumber: AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Feb 2026

Fazura Puji Que Haidar Lelaki ‘Green Flag’ – “Dia Beradab, Tak Suka Menunjuk & Ada Kualiti Yang Saya Suka”

Fazura sifatkan Que Haidar sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’ dan merendah diri.

Featured Fri, 14 Feb 2025

Tahniah! Syafiq Kyle, Mimi Lana Kini Sah Menjadi Pasangan Suami Isteri

Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya berkongsi berita gembira kepada seluruh peminat mereka

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

error: Content is protected !!