Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 27, 2023 @ 7:30pm

Zulin Aziz Mohon Berhenti Tanya Soal Zuriat – “Saya Teringin Jadi Ibu, Doakan Yang Terbaik”

Pelakon, Zulin Aziz meminta agar orang ramai berhenti bertanya soal zuriat kepadanya meskipun tempoh perkahwinannya kini menghampiri usia setahun.

Zulin berkata, dia tidak marah dengan soalan tersebut namun perancangan ke arah itu semestinya ada dan kini dia dan suami masih berada di fasa bulan madu.

Perkara itu dikongsi Zulin menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Jumaat.

“Doakan tau semoga kami dikurniakan zuriat. Belum setahun pun lagi dah macam-macam soalan keluar. Tidak mengapa saya tidak marah. Dari mengata baiklah doakan yang terbaik.

“Insya-Allah saya reda dan saya berserah kepada Allah mana yang terbaik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin menjelaskan setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan kehadiran zuriat dalam kehidupan apatah lagi bila melihat orang sekeliling yang dikurniakan cahaya mata.

“Kami nak sangat dikurniakan zuriat. Saya teringin nak jadi ibu. Tengok kiri kanan, kawan-kawan semua dah ada isi. 

“Mana tau berkat doa anda semua, rezeki menyebelahi kami. Perancangan Allah tu lebih baik kan? Tapi jangan lah push kami. bagi kami ruang.

“Ruang untuk honeymoon berduatanpa asyik ditanya soalan anak dan yang merepek-merepek tu. Nanti saya juga yang kena maki hamun. 

“Saya bukan gila glamor, saya buat hal sendiri je sebelum ni. Saya juga mohon ada sedikit rasa hormat dah memadai,” katanya.

Tambahnya lagi, dia kini masih belajar untuk menjadi isteri mithali dan menjalankan tanggungjawab dengan baik tidak seperti sebelum ini.

“Setiap hari saya belajar jadi isteri mithali untuk suami. Bangun pagi dan jalankan tanggungjawab. Saya tidak ada masa untuk fikir soal glamour lagi dan saya sudah jadi isteri.

“Suami banyak ajar Zulin, Alhamdulillah. Saya pun rasa perubahan dekat diri sendiri. Dunia saya dah berbeza dari dulu. 

“Saya tak fikir langsung nak raih poblisiti, saya lagi suka share benda positif , share resipi, dan benda yang baik-baik kepada followers saya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jul 2025

“Saya Dah Lalui Semua, Sekarang Ini Saya Cuma Mahu…” – Salamiah Hassan

Salamiah Hassan turut mengakui pernah merasa penat, kecewa dan sukar mempercayai orang lain.

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Boleh Ke Sajat Nak Anak Sendiri?

Kenyataan tersebut bagaimana pun mendapat perhatian netizen diluar sana yang mempersoalkan tindakan bahawa, bagaimanakah agaknya Sajat boleh mengandung dan sebagainya

Trending Fri, 7 Apr 2023

Insomniacks Meriahkan Aidilfitri Dengan ‘Lagu Raya’

Wah Insomniacks keluarkan lagu raya 😍

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Fri, 8 Nov 2024

Reda Soal Zuriat, Janna Nick Bawa Diri – “Ada Duit RM100,000 Pun Kalau Allah Kata Belum, Tak Dapat Juga”

Janna mengaku bahawa dia reda dengan ketentuan Tuhan terhadap rezeki yang diberikan termasuklah soal zuriat.

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Bila Altimet Berbicara Pasal Kulit

Altimet akhirnya bersuara setelah sekian lama memendam rasa.

Trending Sat, 13 Mar 2021

Amzar Sabri Muncul Dengan Single Solo Berjudul ‘Kenangan’

Pasti ada yang masih ingat dengan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016. Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar dan Amsyar, mereka banyak berkolaborasi bersama artis–artis tempatan seperti […]

error: Content is protected !!