Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 13, 2021 @ 9:47am

Amzar Sabri Muncul Dengan Single Solo Berjudul ‘Kenangan’

Pasti ada yang masih ingat dengan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016.

Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar dan Amsyar, mereka banyak berkolaborasi bersama artis–artis tempatan seperti Tasha Manshahar, Wani Kayrie dan ramai lagi.

Membuka lembaran tahun ini, salah seorang anggotanya, Amzar telah membuat keputusan untuk mengeluarkan single solo.

Beliau juga telah menggunakan nama Amzar Sabri sebagai nama pentas bagi kerjaya solonya.

Kali ini, Amzar telah mengeluarkan lagu terbarunya bertajuk Kenangan bersama syarikat rakaman New Southern Records Sdn. Bhd. yang kini telah berada di semua pasaran dan pelantar digital.

Menurut Raja Nazreen, Pengurus A&R NSR, kerjasama ini terjalin kerana bakat semulajadi dan kesungguhan yang ada didalam diri Amzar itu sendiri.

“Ada yang tidak tahu Amzar juga merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang sangat berbakat kerana banyak karya-karya telah menjadi hits dan menduduki carta teratas didalam carta penstriman digital.

“Antara hasil cipataanya adalah seperti Zizan Razak – Kaki Licik, Ernie Zakri – Jangan Marah, Naim Daniel – Purnama, Aziz Harun dan Bunga – 2020, Bunga -300 Saat, Syafiq Naser – Lenggang dan banyak lagi,” kata Raja Nazreen.

Menurut Amzar pula, dia berharap semoga lagu ini akan berjaya dan menjadi peneman hidup semua pendengar.

“Kenangan cerita yang tidak boleh lari dari cinta, apabila kita menyebut ayat itu memang tidak dinafikan bahawa setiap kenangan itu sentiasa ada di dalam lubuk hati dan minda kita.

“Kesimpulannya lagu ini menceritakan tentang dua hati yang tidak sempat melangsungkan perkahwinan mereka akan kerana lelaki itu mati dan si perempuan itu tidak sempat mengatakan apa-apa dan dihantui oleh memori dan harapan terhadap si lelaki,” kata Amzar.

Lagu berkonsepkan balada ini juga akan menjadi runut bunyi bagi telefilem yang bakal ditayangkan kelak dan Amzar juga merupakan salah seorang pelakon yang membintangi karya terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 May 2024

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…” – Raja Azura

Sabarlah Kak Engku, kalau dah nama jodoh pasti bertemu jua nanti🥰🥰🥰

Hiburan Wed, 14 Dec 2022
Trending Fri, 22 Jan 2021

Neelofa Kembali Sarung Cincin Merisik Di Jari, Hubungan Bersama PU Riz Telah Pulih?

Wah, jika betul.. alhamdulillah. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Trending Sun, 9 Dec 2018

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,”

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,” Lelaki Bunuh Dan Perkosa Gadis Angkara Sakit Hati

Trending Tue, 21 Aug 2018
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sesi Bertemu Peminat Berlangsung Hampir 2 Jam Di Singapura, Orang Ramai Beratur Panjang Demi Berjumpa Siti Khadijah Halim

Wah, peminat Singapura teruja bertemu dengan Siti Khadijah Halim di Singapura.

Featured Wed, 4 Oct 2023
error: Content is protected !!