Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 12:40am

Sesi Bertemu Peminat Berlangsung Hampir 2 Jam Di Singapura, Orang Ramai Beratur Panjang Demi Berjumpa Siti Khadijah Halim

Pelakon Siti Khadijah Halim muncul antara figura yang paling mencuri perhatian sepanjang acara Celebfest yang berlangsung di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre, Singapura, baru-baru ini apabila menerima sambutan hangat daripada peminat.

Kehadiran Siti Khadijah di reruai UTV nyata menjadi tarikan apabila ramai pengunjung sanggup beratur panjang semata-mata mahu bertemu dan merakam gambar bersama pelakon tersebut.

Malah, ada juga peminat yang dilaporkan sudah menunggu lebih awal sejak siang hari bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang bertemu dengannya pada sesi sebelah malam.

Sesi bertemu peminat bersama Siti Khadijah berlangsung hampir dua jam dan suasana di lokasi turut menggambarkan pengaruh pelakon itu yang semakin kuat, khususnya dalam kalangan peminat hiburan Melayu di Singapura. Kehadirannya ke Celebfest juga hadir bersempena promosi drama terbaharu lakonannya, Takdirnya Cinta, yang bakal ditayangkan sempena Aidilfitri ini secara eksklusif di platform UTV.

Dalam masa sama, sambutan terhadap Siti Khadijah turut memberi limpahan positif kepada kehadiran UTV di festival hiburan dan gaya hidup popular itu. Platform penstriman Over-The-Top tersebut dilihat menerima perhatian pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan yang ditawarkan, termasuk akses untuk penonton di Singapura.

Presiden UTV yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan berkata, sambutan diterima sepanjang acara berkenaan memberi petanda baik terhadap penerimaan kandungan tempatan Malaysia di peringkat serantau.

“Syukur kerana sambutan di Celebfest memang sangat menggalakkan. Ramai yang datang untuk mengenali UTV dengan lebih dekat dan ada juga yang terus memuat turun aplikasi di lokasi acara.

“Bagi saya, situasi ini menunjukkan karya tempatan kita masih mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan penonton di Singapura. Kami harap UTV dapat terus menjadi platform yang mendekatkan penonton serantau dengan kandungan berkualiti dari Malaysia,” katanya.

Selain Siti Khadijah, reruai UTV turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti popular lain seperti Fattah Amin, Amira Othman, Anna Jobling, Arfie Shah dan Nora Danish.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Suntikan booster perlu untuk mengurangkan simptom dan jangkitan Covid-19

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Alami Komplikasi Paru-Paru, Doakan A.Rahman Hassan

Beliau kini direhatkan untuk rawatan & pantauan lanjut hospital. Jom doakan agar Dato A Rahman Hassan dikurniakan kesembuhan…

Trending Wed, 29 Nov 2017

We Care Journey Beramal Sambil Membeli-Belah

We Care Journey membantu kanak-kanak menghidap penyakit ‘Spinal Muscular Atrophy’ (SMA) pada anda yang membeli-belah bolehlah beramal sekali

Featured Mon, 25 Mar 2024
Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Tips Dari KKM Untuk Elak Serangan Strok Haba

Cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau Mei. 10 tempat dalam keadaan berjaga-jaga atau kategori tahap satu kerana catat suhu antara 35 hingga cecah maksimum 37’C selama 3 hari berturut-turut. Cuaca panas paling […]

Featured Sun, 19 Dec 2021

“Ni Betul-Betul Penghibur Legenda” – Gelagat Zaiton Sameon Nyanyi Di Tengah Banjir Hiburkan Netizen

Sebuah video menampilkan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang sedang menyanyi di atas sebuah rakit ketika banjir tular di aplikasi TikTok. Video Zaiton menyanyikan lagu popularnya berjudul Kabut Serangkai Mawar ketika duduk di atas rakit buatan […]

Featured Wed, 15 Mar 2023
error: Content is protected !!