Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 9, 2022 @ 12:52pm

Liyana Jasmay Bangkit Dari Diskriminasi Industri Seni

Pelakon Liyana Jasmay mengakui dirinya pernah melalui fasa diskriminasi dalam industri seni selepas keinginannya untuk menjayakan sesuatu watak disekat kerana tidak memenuhi beberapa syarat.

Menurut Liyana, biarpun perkara itu dianggap tidak masuk akal, dia tidak mudah mengalah dan terus bangkit demi membuktikan rasa cintanya terhadap industri hiburan tanah air.

Sebagai seorang yang pernah melalui fasa diskriminasi itu, Liyana berkata, keinginannya untuk menjayakan sesuatu watak disekat lantaran tidak memenuhi syarat dan kriteria yang tidak masuk akal ditetapkan oleh segelintir penerbit.

“Ada watak yang saya mahu sangat, tetapi tidak dapat atas alasan terlalu muda. Ada yang beri alasan, tubuh saya begini, tidak sesuai. Kena berdada besar, kena seksi. Serba-serbi tidak cukup.

“Cuma, saya percaya kepada bakat dan kemampuan sendiri. Bila orang diskriminasi kita, apa yang boleh kita buat adalah bangkit. Jangan sesekali kita mengalah. Buktikan cinta terhadap seni lebih besar daripada itu,” katanya.

Selain itu, Liyana juga menyifatkan diskriminasi terhadap wanita ini adalah sesuatu perkara yang sering berlaku dalam pelbagai industri.

Malah, dia turut berharap setiap penggiat industri dapat membanteras perkara tersebut demi menjaga kelestarian bidang yang diceburi.

“Kalau nak cakap diskriminasi terhadap wanita, di mana-mana industri atau sektor pun wujud. Selaku pemain industri, saya akui diskriminasi itu memang wujud. Kita sering berdepan isu seperti bodyshaming, itu tak cantik dan ini tak cantik.

“Mungkin ada yang anggap itu normal dan sebagai gurauan, tetapi tidak untuk saya. Orang luar mungkin boleh bercakap sesuka hati, itu hak mereka. Kita tidak boleh halang, tetapi boleh memberi kesedaran.

“Cuma, apa yang saya harapkan, sebagai penggerak industri seni, kita kena bersama dan menolak diskriminasi terhadap bukan sahaja wanita, tetapi lelaki juga. Biarlah kelestarian industri kita ini terjaga,” ujarnya.

Kini, Liyana Jasmay telah melebarkan sayap kerjaya seninya sebagai seorang pengarah.

Sumber: Utusan Malaysia

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 15 May 2020

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Destinasi wajib dikunjungi selepas tamat PKP!

Featured Fri, 17 Oct 2025

“Ujian Gaza Lebih Besar Berbanding Kami” – PU Rahmat Puji Keteguhan Ardell Aryana Dalam Misi Kemanusiaan GSF

Meskipun diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang pelayaran, Ardell tetap teguh dengan pendiriannya.

Hiburan Tue, 9 Sep 2025

“Tak Perlu Bandingkan, Dia Mahal & Ada Kelas Sendiri…” – Zarina Zainuddin Doa Fazura Temui Kebahagiaan

“Fattah lebih dulu cari pengganti dari Fazura” – Zarina Zainuddin

Trending Sat, 16 Nov 2019

Hanya Kerana Lamar Tunang Di KFC, Terima Pelbagai Kejutan ..

Puluhan Syarikat Gergasi Mahu ‘Sponsor’ Majlis Kahwin Pasangan Ini

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Trending Tue, 3 Apr 2018

Ibu Terkejut Bateri Kalkulator Tersekat Pada Usus Anak

Hasil pemeriksaan di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkinan anak tertelan bateri kerana tidak menunjukkan tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan. Uish…Bahaya tu!

error: Content is protected !!