Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 9, 2025 @ 11:43am

“Tak Perlu Bandingkan, Dia Mahal & Ada Kelas Sendiri…” – Zarina Zainuddin Doa Fazura Temui Kebahagiaan

Pelakon, Zarina Zainuddin mencuri tumpuan apabila secara terbuka menzahirkan kata-kata pujian terhadap selebriti wanita, Nur Fazura.

Menerusi ruangan komen di sebuah portal hiburan, Zarina menyifatkan Fazura tidak wajar dibandingkan dengan mana-mana wanita.

“Fazura itu di kelasnya yang tersendiri. Tak perlu bandingkan dia dengan sesiapa, jauh bezanya. Dia wanita mahal yang berkelas,” katanya.

Meskipun pernah berharap agar Fazura kembali bersatu dengan bekas suami, aktor Fattah Amin selepas sah bercerai Oktober tahun lalu, Zarina bagaimanapun mendoakan agar mereka menemui kebahagiaan tersendiri.

“Dulu saya pernah doakan semoga Fazura dan Fattah berbaik semula demi anak, tetapi nampaknya Fattah lebih dulu mencari pengganti dibandingkan dengan Fazura yang masih sendiri.

“Saya sayang Fazura, saya juga suka Fattah Amin. Semoga dua-dua berbahagia dengan cara masing-masing,” katanya lagi.

Dalam pada itu, aktres drama rantaian Rajuk Karina ini turut mengakui kesal apabila ada segelintir wanita yang seolah-olah menjatuhkan martabar sesama wanita.

“Sebagai seorang perempuan, sudah tentulah saya sokong perempuan sebab saling memahami perasaan. Tetapi saya baca banyak perempuan yang lebih menindas perempuan dengan kata-kata yang menyakiti.

“Kena dekat diri sendiri baru anda akan rasa. You go girl,” tulisnya beserta tanda pagar #hilangsatugantiseribu.

Pada Isnin, industri hiburan digemparkan dengan pendedahan Fattah yang secara terbuka memaklumkan majlis ijab dan kabulnya bersama pilihan hati, penyanyi Amira Othman bakal berlangsung pada 14 September 2025, Ahad ini.

Setelah sekian lama berteki-teki dengan hubungan mereka, aktor filem terkenal Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini mengakui bersedia untuk menukar status mereka daripada ‘rakan sekerja’ kepada ‘rakan serumah’.

Majlis ijab dan kabul pasangan sejoli itu akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV secara percuma, malah sebanyak 10 episod menceritakan persiapan mereka menjelang hari bahagia juga bakal dipaparkan kepada tontonan umum.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Spekulasi Terjawab, Fattah Amin Umum Majlis Ijab Kabul Bersama Amira Othman Ahad Ini! – “Selepas ini Kami Rakan Serumah”

Artikel Berkaitan: Romantis, Bersejarah & Eksklusif… Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman Diabadikan Dalam 10 Bahagian Istimewa

Kredit foto: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Tue, 1 Jun 2021

Permohonan Program Subsidi Upah Dilanjutkan Sehingga…

Berikutan pelaksanaan total lockdown, Kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh pemberian bantuan Program Subsidi Upah (PSU) selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan . Bagi pelanjutan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 billion untuk disalurkan kepada […]

Featured Wed, 25 May 2022

Bekas Suami Ziana Zain Terlepas Hukuman Penjara

Armin Zaharin digugurkan hukuman penjara lapan bulan tetapi dikenakan denda sebanyak RM8,000.

Trending Thu, 18 Jul 2019

Pemimpin Parti Jadi Dalang Video Semburit Haziq

Pemimpin Parti Politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.

Featured Thu, 28 Oct 2021
Trending Wed, 19 Sep 2018

「喜欢一个人看电影的人」更值得深爱!因为了解自己、更加勇敢

很多人无法一个人电影,觉得独自去看电影是伤心的事,其实许多人「一个人去看电影」,并不代表他们没有朋友,没有选择,而是能够享受其中的乐趣……

Featured Wed, 17 May 2023
Trending Wed, 6 Nov 2019

E-Wallet Cashbacks, Mesti Beli Deals, Chup Dulu and GUESS IT! King; LAZADA 11.11 One-Day Sale is Back!

Why spend more when you can stretch your Ringgit with unbeatable deals and awesome cashback with Lazada 11.11 One-Day Sale?!

error: Content is protected !!