Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 8, 2025 @ 7:14pm

Romantis, Bersejarah & Eksklusif… Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman Diabadikan Dalam 10 Bahagian Istimewa

Tidak semua kisah cinta mendapat peluang untuk dirakam dan dikongsi kepada khalayak, namun perjalanan kasih sayang pasangan popular Fattah Amin dan Amira Othman menjadi satu kisah istimewa yang menyentuh hati ramai.

Dari sekadar pertemuan biasa, bermula sebagai gimik muzik video ‘Bila Nak Kahwin?’ nyanyian Amira, hubungan mereka berkembang menjadi cerita penuh harapan, doa dan restu.

@xtra_my Alhamdulillah, dengan #SetulusTakdir Fattah Amin & Amira Othman bakal bernikah 14 September ini! ❤️❤️ #FattahAmin #AmiraOthman #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Sejak berita perkahwinan pasangan ini diumumkan sebentar tadi, peminat sudah mula menghitung hari. Bagi sebahagian pihak, majlis akad nikah Fattah dan Amira bukan sekadar penyatuan dua bintang terkenal, tetapi simbol keindahan cinta yang berlandaskan kesetiaan dan takdir.

Detik istimewa ini kian hampir dan bukan sahaja dapat diraikan secara langsung, malah perjalanan cinta mereka telah diabadikan dalam dokumentari khas yang sarat dengan emosi serta kenangan indah.

Siri dokumentari eksklusif 10 episod bertajuk Setulus Takdir: Fattah Amira mula ditayangkan pada 8 September lalu, merakamkan momen sejak perkenalan awal sehingga detik mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri.

Kemuncaknya, majlis akad nikah mereka akan disiarkan secara langsung pada 14 September 2025, jam 8.00 malam, menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di saluran Inspirasi (Saluran 118).

Menurut Fattah, dia menjemput peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

“Kami ingin menjemput semua untuk menyaksikan secara langsung majlis pernikahan kami, Setulus Takdir: Fattah Amira, yang akan ditayangkan secara eksklusif,” katanya.

Amira menambah, siaran itu boleh ditonton secara percuma oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Persiapan kini sedang giat dijalankan, dan kami amat berharap doa semua agar majlis ini dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya.

Selain liputan akad nikah, dokumentari Setulus Takdir membuka ruang buat penonton untuk mengenali sisi peribadi pasangan ini dengan lebih dekat. Ia bukan sekadar catatan perjalanan cinta, tetapi sebuah inspirasi tentang erti keikhlasan, pengorbanan dan harapan dalam membina rumah tangga.

Siaran langsung majlis pernikahan ini boleh ditonton pada Ahad, 14 September 2025, jam 8.00 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dipuji Mentua Idaman Wanita, Sheila Rusly Usik Nak Jadikan Fazura Menantu – “Kalau Ada Anak Lelaki Lagi Boleh Jodohkan…”

Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

Featured Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

Moga perkara ni dijadikan pengajaran untuk Hawa ye..

Hiburan Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Teringat Bapa Di Hospital, Aman Nassim Sebak Di Hari Pernikahan

Dengan sekali lafaz, pelakon Abdul Rahman Nasim, 29, selamat bergelar suami kepada pensyarah ASWARA, Nor Baizura Abdul Ghani, 33, tepat jam 10.35 pagi, hari ini. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Ghani Ilyas disaksikan […]

Trending Wed, 23 Oct 2019

Lagu Terbaru Selena Gomez Sindir Justin Bieber?

Selena Gomez akhirnya ‘move on’?

error: Content is protected !!