Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 27, 2023 @ 5:45pm

Rita Rudaini Bengang Anak Dituduh Masuk Sekolah Kerajaan Guna Kabel, Dikritik Ambil Tempat B40 – “Lebih Teruk Pendidik Yang Sebar Fitnah”

Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa berang setelah difitnah mengambil hak golongan kurang berkemampuan (B40) apabila menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan kerajaan.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, aktres filem popular Mami Jarum ini terkilan apabila dakwaan tersebut timbul daripada salah seorang pendidik dalam sekolah berkenaan.

“Macam inilah nasib dari sekolah private kalau pergi sekolah biasa ni kena fitnah ambil kuato B40 pula. Yang fitnah tu pula cikgu a.k.a gelar pendidik. Jijik nau perangai!

“Macam mana nak cakap ya, mentaliti jijik golongan ni asal T20 masuk situ, dituduh ambil hak B40, dituduh cable. Awat? Anak T20 ni semua bodo-bodo ke?

“Ni memang jenis tak percaya dengan REZEKI ALLAH… Buang la mentaliti kolot lagi jijik tu!,” tulisnya di IGs.

Rita Rudaini

Dalam masa yang sama, Rita turut memberi amaran kepada individu berkenaan untuk tampil memohon maaf sebelum dia mendedahkan wajah guru tersebut.

“Sis tau siapa anda wahai ‘guru’… You pilih untuk mesej sis mohon maaf dan berborak atau you pilih sis tampal muka you di media sosial?,” soalnya di IGs.

Rita Rudaini

Di ruangan kapsyen hantaran di IG, Rita menjelaskan dia tidak pernah membandingkan golongan B40 dan T20.

“Jangan cuit sis, sis tak kacau orang. Sis tak memilih tempat cari ilmu, sis tak kisah campur dengan golongan B40. Semua kita manusia, sama.

“Bagi sis, biar miskin harta tapi hangan miskin ADAB! Jangan lah tunjuk sangat true color tempat you alls. Nak jadi cikgu ke nak jadi nurtizen?

“Anak-anak depa sama tempat, how sis? Macam mana ni dah lama dah ni puak-puak kroni buat kerja.. Tapi sis yang difitnah curi tempat B40 oleh guru-guru.

“Paku dulang paku serpih, Insya-Allah, tali cable you alls akan putus, tugas guru-guru untuk mengajar aalam mulia pada pelajar dan ibu bapa,” katanya lagi.

Rita Rudaini

Hantaran tersebut meraih pelbagai respons daripada pengikutnya di Instagram yang juga menyokong pihak Rita berhubung isu sensitif ini.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Selar Tindakan Guru Besar Tampar Murid Depan Khalayak – “Budak Tu Dapat Malu, Hilang Keyakinan & Dendam”

Artikel Berkaitan: Masih Jadi Mangsa Sihir, Rita Rudaini Serik Hadap Jenis Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’ – “Cukuplah, Biar Saya Berkawan Baik Dengan Anak-Anak”

Artikel Berkaitan: “Bertahun-Tahun Buat Taik Pun Tak Pernah Rasa Salah, Hati Busuk Bau Bangkai!” – Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: “Manusia Suka Berterus Terang Akan Dilabel Lantang… Takut Untuk Merasa Pahit” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Luah Perasaan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Aug 2018

「世界最多毛女子」结婚啦!为老公愿意一直剃毛

这名来自泰国的17岁女孩 Sumatra Sasuphan 与一般人不同,出生时她的鼻孔只有一公厘宽,且身上还是长满毛发,连脸上都有……

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lelaki Hina Abam Isu DNA Anak, Tampil Mohon Maaf!

Tahniah Abam kerana memaafkan tindakan lelaki tersebut terutamanya dibulan mulia ini.

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Ketika serbuan dilakukan, kelibat Che Ta dan suami tiada di rumah

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

‘Kita Susah Senang Sama-Sama’- Tunku Hanis Doa Fathia Latiff Kuat Hadapi Ujian

Camni la baru sahabat selamanya, susah senang bersama-sama. Cayalah!

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

BYON7 Janji Aksi ‘Tarung’ Sebenar, Rematch Paling Dinanti Sabtu Ini!

Tumpuan BYON Combat Showbiz 7 Sabtu ini pastinya terarah kepada aksi ulangan antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan.

Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Wed, 25 Sep 2024

Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan

Sama-sama kita doakan yang terbaik nuat pasangan ini❤️🥹

error: Content is protected !!