Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 2, 2024 @ 8:24pm

Menyerlah Tonjol Bakat Di Pasaran Filem Indonesia, Anna Jobling Tak Guna Bantuan Kroni

Semakin menyerlah menghiasi pasaran filem Indonesia, pelakon cantik Anna Jobling yang muncul dengan naskhah Lembayung dan Laut Tengah tidak menggunakan sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.

Menurut Anna, apa yang dikecapi tidak datang bergolek, sebaliknya berkat kesungguhan dan dedikasinya dalam industri seni menjadi tunjang utama terhadap pencapaian yang diraih sehingga bakatnya dipandang syarikat produksi Indonesia.

“Saya bersyukur atas penerimaan positif daripada penonton Indonesia. Ini satu pengiktirafan atas kerja keras selepas berulang alik Malaysia dan Indonesia selama hampir setahun membina nama.

“Saya percaya, tanpa usaha kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita impikan. Ini adalah bukti bahawa kerja keras tidak akan mengkhianati hasil.

“Saya mencari peluang di sana sendiri bersama pihak pengurusan saya dengan menghadiri uji bakat. Selain itu, rakan-rakan selebriti di sana juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai selok-belok menempa nama di Indonesia,” katanya.

Menurut Anna, dia bersyukur apabila industri perfileman Indonesia mula membuka pintu lebih luas kepada bakat-bakat luar, termasuk satu pengumuman yang bakal dibuat dalam waktu terdekat.

Katanya, dia menerima berlakon dalam sebuah filem daripada seorang pelakon wanita Indonesia yang cukup dikenali ramai.

“Saya sangat teruja untuk mengumumkan filem ketiga saya di Indonesia tidak lama lagi. Ini adalah projek yang sangat istimewa buat saya.

“Tak sangka saya menerima pelawaan daripada selebriti wanita ini. Saya berbesar hati diberi peluang untuk bekerjasama dengannya,” katanya.

Anna berharap kerjasama dengan pelakon terkenal itu akan membawa satu dimensi baru dalam kerjaya lakonannya. Dia percaya bahawa pengalaman ini akan mengasah lagi bakatnya dan memberikan ruang untuknya memperluas pengaruh di persada antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

邓紫棋任2018饥饿30爱心大使「带全家人来参与!」

铁肺歌手G.E.M.邓紫棋今日已马来西亚世界宣明会2018《饥饿30》爱心大使的身份出席饥饿30推介礼,正式为今年的饥饿30活动掀开了序幕!

Trending Thu, 2 Jan 2020

Penduduk Hong Kong Sambut 2020 Dengan Tunjuk Perasaan Besar-Besaran

Hmm.. Tahun Baru disambut dengan begini , sedihnya

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Izzue Islam Tak Mahu Tangguh Lagi, Bakal Jalani Ujian Kesuburan

Izzue Islam memaklumkan sudah merancang berjumpa doktor bagi menjalani ujian kesuburan pada tahun ini.

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023

Impian Bangku Sekolah Tercapai, Hannah Yeoh Berpeluang Jadi Penyampai Berita

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen. @hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ […]

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
error: Content is protected !!