Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 10, 2023 @ 6:11pm

Didakwa Kacau Suami Orang Sampai Ada Anak Luar Nikah, Mak Wan Hampir Pengsan Selepas Dengar Tuduhan – “Cari Saya Di Akhirat!”

Gara-gara dituduh mengganggu rumah tangga orang, pelakon veteran Mak Wan kelihatan hampir pengsan dan sesak nafas semasa ditemu bual oleh Melodi.

Sedih dengan dakwaan tersebut, Mak Wan menegaskan tidak pernah terdetik di hatinya untuk meruntuhkan kebahagiaan orang lain.

“Mak Wan tak sanggup dan tak kacau suami orang, Mak Wan tak pernah ganggu rumah tangga orang,” luahnya.

Mak Wan berkata, rumah tangganya turut menjadi berantakan akibat tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sehingga dia dan suaminya akhirnya berpisah.

“Kadang-kadang terfikir. Mengapa nasib aku macam ni? Kenapa ada orang fitnah aku, Mak Wan tak buat.

“Rumah tangga Mak Wan hancur disebabkan mereka. Sejak itu hidup Mak Wan kelam dan hancur,” katanya.

Dalam pada itu, Mak Wan mendedahkan terdapat segelintir pihak yang menuduh dia sering berjumpa dengan suami orang di hotel dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh sehingga ditangkap khalwat.

Bukan itu sahaja, dirinya turut berdepan spekulasi yang mengatakan dia mempunyai anak luar nikah hasil hubungannya dengan suami orang.

“Mereka cakap Mak Wan kena tangkap basah lah, jumpa dekat hotel. Rumah siapa Mak Wan pergi? suami siapa Mak Wan ambil duit dia?

“Yang sedihnya diorang tuduh Mak Wan ada anak luar nikah.Mak Wan kata tunjuk di mana anak luar nikah Mak Wan,” jelasnya.

Kesal dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas tersebut, Mak Wan reda dengan apa yang berlaku dan berserah kepada Allah.

Bagi Mak Wan, dia hanya mencari rezeki yang halal dengan berniaga dan tidak pernah mendapatkan duit melalui perbuatan yang terkutuk itu.

“Walaupun Mak Wan miskin, susah tapi Mak Wan tak buat. Kepada yang tuduh macam tu, nilailah sendiri… kesianlah kat Mak Wan.

“Janganlah fitnah Mak Wan lagi. Mak Wan tak tahu dosa-dosa lampau tapi Mak Wan reda dengan ketentuan Allah.

“Mak Wan sanggup berniaga. Hari-hari hujan. Sampai meja terbang.

“Mak Wan sanggup cari rezeki macam tu. Mak wan ni tahu memang tak baik pun tapi Mak Wan tak jahat.

“Tengoklah muka Mak Wan ni, cantik ke ada ke lelaki yang nak lagi?” katanya lagi.

Mak Wan mengingatkan segelintir pihak untuk tidak lagi menyebarkan dakwaan-dakwaan yang tidak benar terhadapnya.

Percaya kepada hukum kifarah, Mak Wan memberi amaran agar mereka segera bertaubat menyesali apa yang telah dilakukan.

“Yang menuduh, kau cari lah Mak Wan kat akhirat esok. Hidup sekejap, sudah-sudahlah fitnah kat orang. Kita tak akan hidup senang, satu hari satu nyawa akan pergi.

“Cukup-cukuplah fitnah kat orang, kuta hidup bukan menongkat langit,” ujarnya.

Mak Wan yang ditemui Melodi berada dalam keadaan tidak sihat dan dia masih berniaga seperti biasa demi menyara hidup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Feb 2018

ANGKARA KEBAB, ISTERI NEKAD MINTA CERAI

Saya cuma mengenalinya dua bulan sebelum majlis diadakan dan tidak pernah menyangka betapa kedekutnya dia.

Featured Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Paduan Suara Hael Husaini, Syafinaz Selamat Nampak ‘Mahal’

Persembahan Hael Husaini meraikan kepelbagaian dengan menampilkan wanita pelbagai saiz dan rupa melalui lagu Hajat berjaya menambat hati penonton. Malah lebih meyakinkan dengan penampilan istimewa Datuk Syafinaz Selamat mengiringi latar vokal soprano menjadikan lagu Hajat […]

Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Trending Sat, 23 Jun 2018

Nak Cantik Punya Pasal, Wanita Ini Sanggup Minum Air Kencing Anjing

Wanita ini mendakwa air kencing anjing mengandungi vitamin A, vitamin E dan 10 gram kalsium yang mampu merawat kulit wajah.

Featured Mon, 30 Jan 2023

[VIDEO] “Saya Terkejut, Bawa Bertenang Semua” – Zizan Razak Perjelas Foto Bersama Hawa Rizwana

Kalau betul pun apa salahnya kan? Nampak sama cantik sama padan Zizan dengan Hawa 🥰🤭🤪

Featured Fri, 20 Jan 2023

Miliki 1.3 Juta Followers, Nadin Amizah Tidak Rasa Zaman Muda Sia-Sia – “Lebih Banyak Berkat Dan Rezekinya…”

Ayu dan bijak berkata-kata.. Tak sabar nak tengok Nadin Amizah beraksi esok!

error: Content is protected !!