Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 15, 2023 @ 7:48pm

“Bertahun-Tahun Buat Taik Pun Tak Pernah Rasa Salah, Hati Busuk Bau Bangkai!” – Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

Perkongsian terkini pelakon jelita sensasi, Rita Rudaini mencuri perhatian seakan memberi pesanan kepada individu yang pernah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories (IGs), Rita berkata keperibadian orang sekeliling kita adalah penting terutamanya untuk mengelak daripada menjadi manusia busuk hati.

“Sebab tu aku pilih orang keliling atau pasangan kita tu penting. Kalau sekeliling atau sebelah kita tu hati busuk bangkai, tak kan tak melekat bau tu dekat kita.

“Bila hati kau dah membusuk dan berulat.. babi hutan depan kau pun, kau nampak macam british short hair,” katanya.

Dalam masa yang sama, aktres filem popular Mami Jarum ini turut memberi bayangan bahawa individu tersebut seperti tidak mempunyai rasa sebersalah atas setiap perlakuannya terdahulu.

“Bila kau dah bertahun-tahun buat taik pun kau rasa kau tak pernah salah.. Maknanya kau ada masalah hati.

“Hati-hati, roda kau bukannya tak jejak tanah..

“Kalau kau boleh kongsi life kau kat mesia sosial, kenapa kau nak pertikai apa yang aku kongsi?

“Aku pun ada hidup aku dengan anak-anak aku yang aku rasa, suka hati aku nak kongsi atau tidak. Ke ada sesuatu yang tak selesai sampai kau terkesan?,” luahnya.

Sebelum ini, hantaran Rita di IG menjadi tanda tanya tentang makna sebenar disebalik perkongsiannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “’Arwah’ Dah Tenang Dengan ‘Bidadari Syurga’” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Tempelak Siapa?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Apr 2025
Trending Mon, 4 Jan 2021
Featured Sat, 1 Nov 2025
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

Trending Sat, 9 Oct 2021
Events Fri, 26 Aug 2022

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Alena Murang merupakan pemuzik sape’ profesional wanita yang pertama 😍

Trending Sat, 26 Dec 2020
error: Content is protected !!