Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 22, 2025 @ 12:09pm

Ammar Alfian Nafi Tuduhan P*kul Wanita – “Cukup-Cukuplah Jadikan Saya Mangsa Cerita Lama!”

Nama pelakon kontroversi, Ammar Alfian, kembali hangat diperkatakan di media sosial apabila dia sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan melakukan keganasan terhadap seorang wanita.

Namun, tidak berdiam diri, Ammar tampil mempertahankan diri melalui satu hantaran tegas di Instagram Story (IGs) miliknya.

Pelakon berusia 38 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menganggap ia hanyalah satu fitnah yang dirancang untuk menjatuhkan maruahnya.

“Sebab saya berbadan besar dan muka saya nampak garang, awak guna karakter saya untuk perangkap saya,” luah Ammar dengan nada kesal.

Ammar turut mendedahkan perkara ini bukanlah baru, sebaliknya tuduhan sama pernah dilemparkan terhadapnya sebelum ini, namun ketika itu dia memilih untuk berdiam diri.

“Tahun lepas awak buat laporan polis juga, tapi saya tak ambil apa-apa tindakan. Saya biarkan sebab saya fikir awak belum matang dan bertindak terburu-buru,” katanya.

Dakwanya, wanita berkenaan kembali mengulang tuduhan sama dan lebih mengecewakan, turut melibatkan individu lain yang langsung tiada kaitan dalam konflik tersebut.

“Kali ini awak serang saya lagi, dan awak libatkan orang yang tak bersalah Zane Gan. Dia tak ada kena-mengena langsung dalam hal ini,” tambahnya.

Pelakon filem Paskal itu menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.

“Saya ambil isu ini dengan serius. Kali ini, saya akan selesaikan ikut saluran undang-undang. Kita semua ada hak bersuara, tapi ingat seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Jangan terus percaya bulat-bulat dengan satu pihak saja. Dengar cerita dari dua sisi sebelum buat kesimpulan. Terima kasih,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang wanita bernama Qhaisha, yang mendakwa dirinya bekas kekasih Ammar, tampil dengan pendedahan mengejutkan.

Dia mendakwa menjadi mangsa pukul dan penderaan sejak setahun lalu dan turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan kesan lebam pada mata dan lengan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Sep 2022

Cik B Selar Netizen Tak Puas Hati OOTD Cecah RM656,000 – “Bukan Nak Flex, Ada Masalah Ke?”

Ye ke Cik B pernah beli bundle ni gais? Katanya baju Dior tu dah lama baru nak pakai 🤪

Featured Fri, 26 Jun 2026

“Ini Pertama & Kali Terakhir Saya Bawa Watak Penyondol, Lepas Ni Tak Ada Dah” – Zara Zya

“Tontonlah drama ini secara positif sekadar niat ingin menonton sahaja, bukan untuk mengecam” – Zara Zya

Events Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Wed, 16 May 2018

Here’s a Brand New Awesome Malaysian Band Everyone Must Check Out

They are young, fresh and totally worth listening to.

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Figura Wed, 13 Sep 2023
error: Content is protected !!