Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 15, 2025 @ 4:38pm

Raih 5 pencalonan Di AIM25, Hazama Korban Duit IVF Demi Album  -“Ini Adalah ‘Baby’ Kami”

‘Nak kata sebak tidak juga tapi saya gembira kerana kerja keras dan pengorbanan pasukan saya  sebelum ni berbalas dan saya gembira’.

Demikian respons penyanyi Hazama ketika diminta mengulas mengenai lima pencalonannya di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM24) bagi edisi kali ini.

Katanya ketika ditemui XTRA, Hazama atau nama penuhnya, Hazama Ahmad Azmi, 40, berkata, dia bersyukur kerana pencalonan ini menajdi bukti penggiat industri mengiktiraf karyanya.

Malah, ketika menghasilkan album tersebut, dia dan isterinya yang juga seorang pemuzik, Genervie Kam sama-sama bersetuju untuk menggunakan duit simpanan yang sepatutnya digunakan untuk tujuan In-vitro fertilization (IVF).

“Saya rasa sangat bersyukur pada Allah SWT hasil usaha saya dan team saya industri nampak. Saya gembira bila kerja keras kita dilihat.

“Berbaloi lah saya gadaikan duit IVF saya untuk saya buat album kerana disamping dana yang saya terima saya guna duit saya sendiri juga yang mana duit tu asal daripada kita punya planning nak buat IVF.

“Tapi bila kita buat album tu saya cakap tak apalah ini bukan selalu kita boleh buat album dan sebab itulah saya letakkan semua duit saya disitu. So, album ni kita punya ‘baby’ lah. Jadi kita lahirkan ‘baby’ album ni lah dan alhamdulillah saya rasa bersyukur.

“Nak kata sebak tidak juga tapi saya gembira kerana kerja keras dan pengorbanan pasukan saya  sebelum ni berbalas dan saya gembira.

“Saya terkejut juga bila tercalon sebab ini first time. Sebab album Penglipur Lara bukan secara total saya buat, saya contribute suara sahaja dan album ini memang daripada jiwa saya. Untuk album ni saya sendiri dan melodi daripada jiwa saya,” katanya.

Hazama berkongsi perkara itu ketika ditemui usai majlis Pengumuman Top 5 AIM24 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Lebih mencuri perhatian, rezeki seakan berpihak kepada pelantun lagu Relakan Jiwa ini apabila tiga lagu daripada  album yang sama tercalon dalam Kategori Lagu Rock Terbaik (Best Rock Song).

Selain kategori tersebut, Hazama turut tercalon bagi Kategori Vokal Lelaki Terbaik,  Kategori Lagu Tradisional Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

Sekadar info, AIM24 akan berlangsung pada 13 September 2025 di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang dan disiarkan secara langsung di saluran RTM.

Pemenang kategori ‘Album Terbaik’ akan menerima dana sebanyak RM200,000 manakala, kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ‘Lagu India Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ akan menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Saya Tidak Mahu Jadi Artis Kalau DiBeri Putar Balik Masa

Mungkinkah Adi sudah merajuk dan berputus asa dengan industri tanah air kita?

Trending Fri, 28 Dec 2018

Miley Cyrus & Liam Hemsworth Akhirnya Berkahwin Setelah Hampir 10 Tahun ‘Dating’

Dulu mereka dating on and off tapi jodoh tak ke mana.

Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

谭咏麟大赞何沛璇「有孙燕姿的影子」

完成了学业正式回归乐坛的何沛璇,日前带着全新EP举办《亲爱的女孩》听歌会;对这位才女,香港歌坛大哥谭咏麟大赞何沛璇声线像孙燕姿,让她直呼“这是很大的夸奖!”

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Hael Husaini Lancar Single ‘Hari Ini’

Wow! Min dah tengok dah mv lagu ni. Peminat Hael jangan makan hati pulak ye!

error: Content is protected !!