Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 16, 2022 @ 6:28pm

Video Lama Peluk Cium Tular, Liza Abdullah & Reen Rahim Dikecam Netizen – “Kami Dah Macam Anak Beranak”

Baru-baru ini, pelakon Liza Abdullah dan Reen Rahim dikecam teruk oleh netizen selepas video mereka berpeluk cium seperti ibu dan anak enam tahun lalu kembali tular di TikTok.

Menurut Liza, dia tidak pernah mempunyai akaun aplikasi sosial terbabit dan sangat terkejut apabila seorang individu memuat naik kembali video itu, sekaligus menimbulkan kecaman netizen.

“Walaupun dah bertahun dalam industri, saya tak ada TikTok pun. Setelah lima enam tahun, video tu dah lama masa shooting. Kenapa benda yang sikit tu direkodkan dan diviralkan? Tak dapat apa pun,” katanya.

Menerusi temubual program Melodi, pelakon itu menyatakan pada awalnya dia tidak tahu tentang isu tersebut sehingga anak-anaknya menyedari perkara terbabit dan berpakat untuk menyelesaikan hal itu dengan pemilik TikTok yang menularkan video tersebut.

Liza juga sempat menyifatkan hubungannya bersama Reen seperti ibu dan anak serta menganggap pelakon jelita itu seperti anak sendiri.

“Anak-anak saya tahu saya dalam bidang seni, tahu mak dia bekerja nak membersihkan nama. Saya tak nak benda-benda ni berlaku nanti memalukan anak saya dan saya pun dah bercucu.

“Saya dengan Reen dah macam anak-beranak. Pergi tanya Reen dia peluk cium tak mak dia. Saya dan anak-anak pun masih berpeluk cium. So, apa masalahnya?,” katanya.

Selain itu, Liza turut tegas menyatakan dia sering menganggap setiap pelakon yang bekerjasama dengannya seperti keluarga dan kerap bergurau.

“Sesiapa dalam bidang seni yang mengenali saya, kita berlakon kat set dah macam family. Mungkin kadang-kadang kita bertindak atas gurauan tetapi bila benda tu diviralkan, dia tak jadi gurauan dia jadi benda serious.

“Reen tu kalau dia nampak kita, dia peluk dia cium kita. Dia budak yang manja so tak ada isu pun. So, anggaplah dia tu macam anak sendiri,” katanya.

Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu juga turut memaafkan individu yang menularkan video tersebut dan berharap perkara ini dapat menyedarkan orang ramai.

“Tak kisahlah siapa yang viralkan video tu, apa tujuannya, kalau nak buat marketing untuk business ke saya halalkan. Tapi kalau nak memalukan saya itu bukan caranya sebab saya dah bercucu beranak-pinak.

“Saya minta sangat orang di luar sana, take note. Korang ada keluarga, kawan-kawan kalau niat tak baik percayalah balasan tu tetap ada.

“Apa yang awak buat tu telah menyinggung perasaan anak-anak saya dan hubungan baik saya bersama anak-anak,” katanya.

Saksikan program Melodi yang dihoskan oleh Ain Edruce dan Haziq Hussni, setiap Ahad, pada 12.30 tengah hari di TV3.

Sumber: Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 12 Aug 2024

Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

Allahu, moga ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Come back stronger Shah!🔥💪

Featured Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

12 Jam Untuk Anak-Anak, Ziana Zain Seronok!

Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Featured Fri, 8 Aug 2025

Fathia Latiff Sedar Wajah Dikrtitik ‘Tak Cantik’ – “Saya Tak Dilahirkan Untuk Kekal Sama”

Fathia anggap perubahan wajah bukan lesen untuk dirinya dikritik.

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mnet’s Under Fire Again, This Time It Happened Back Stage

When it comes to Mnet; another day, another drama.

Filem Fri, 31 May 2024
error: Content is protected !!