Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 12, 2024 @ 3:21pm

Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

“Sebenarnya saya sudah berjanji dengan ibu saya, jika saya menang saya akan membawa mereka pergi Umrah tetapi Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya”.

Demikian luahan pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus selepas gagal membawa pulang sebarang pingat untuk negara pada temasya sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung di Velodrom Nasional Perancis pada Ahad.

Mengaku insiden yang menimpa dirinya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadam, Shah bagaimanapun tampil memohon maaf buat seluruh rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, dia juga mengaku sudah berjanji dengan ibu bapanya untuk mengerjakan umrah jika dia berjaya meraih sebarang pingat.

“Sebenarnya saya sudah berjanji dengan ibu saya, jika saya menang, saya akan membawa mereka pergi Umrah tetapi Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya.

“Saya sudah nampak segalanya di depan mata saya, saya nampak pingat sudah 100 peratus di depan saya. Badan saya berasa baik, kaki saya berasa baik dan saya yakin sejak semalam hingga hari ini.

“Suku akhir, separuh akhir, saya berada dalam keadaan yang amat baik, saya berada dalam zon saya. Saya tahu saya boleh menewaskan mereka tetapi inilah keirin, segalanya boleh berlaku.

“Ini bukannya waktu untuk saya menyalahkan sesiapa. Seperti yang anda dapat lihat, pelumba terakhir boleh menang gangsa. Boleh anda bayangkannya?

“Saya memang sudah berada di situ dan ia memerlukan masa untuk saya hadamkan semua ini, ia bukan mudah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tampil dengan kayuhan memukau untuk betrada di kedudukan gangsa sebelum terjatuh pada 250 meter terakhir bersama dua pelumba iaitu Shinji  Nakano (Jepun) dan Jack Carlin (Great Britain).

Bagaimanapun, Shah kemudian dilaporkan diturunkan kedudukan keenam ekoran tindakannya menghalang Nakano sebelum berlaku perlanggaran.

 

Sumber: X

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan […]

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Trending Thu, 25 Nov 2021

Kejohanan Pertama Ejen Ali Agents’ Arena Dimenangi oleh Trio Berusia 15 Tahun dari Kedah

Trio berusia 15 tahun dari Kedah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021 yang diadakan pada minggu lepas. Ejen Ali Agents’ Arena yang merupakan siri terbaharu dari rangkaian permainan mudah alih Ejen […]

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

Hiburan Fri, 30 Jan 2026
Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Mon, 22 Sep 2025

Badron Munirah Dedah Ditawar RM100,000 Jadi ‘Sugar Baby’

Badron Munirah takut ditawar RM100,000 jadi sugar baby

error: Content is protected !!