Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 30, 2026 @ 12:20pm

Terlupa Buang ‘Chewing Gum’ Kerana Gugup, Bront Palarae Mohon Maaf

Kontroversi pelakon popular, Bront Palarae di pentas peragaan akhirnya terjawab apabila aktor itu tampil memohon maaf secara peribadi kepada pasukan Ariani, susulan kecaman netizen yang tercetus baru-baru ini.

Insiden tersebut mencuri perhatian ramai apabila Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, dilihat berjalan di pentas sambil mengunyah gula-gula getah ketika memperagakan baju Melayu pada acara Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, Ariani menjelaskan situasi sebenar menerusi satu komen di platform Threads, memaklumkan aksi berkenaan berlaku tanpa disengajakan dan berpunca daripada rasa gugup aktor tersebut.

Menurut Ariani, Bront berada dalam keadaan sangat gementar kerana itu merupakan pengalaman pertamanya beraksi di hadapan khalayak ramai dalam suasana pertunjukan fesyen.

“Abang Bront berkali-kali memohon maaf kepada pasukan Ariani. Dia sebenarnya sangat nervous kerana pertama kali berhadapan dengan orang ramai sebelum perlu melakukan catwalk.

“Dia mengunyah gula-gula getah seketika untuk mengurangkan rasa gementar dan mulut kering, tapi terlupa buang dan terus melangkah ke pentas,” jelasnya.

Terdahulu, aksi Bront di atas pentas itu pantas menjadi bualan netizen di media sosial apabila ada yang meluahkan rasa kurang senang dan menyifatkan perbuatannya sebagai tidak sesuai dengan acara fesyen berskala besar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Aug 2025

“Alhamdulillah… Ammar Ahyan Tak Trauma, Membesar Elok Je” – Nur Shahida

Shahida syukur Ammar Ahyan membesar dengan baik, cukup makan

Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Mon, 17 Oct 2022
Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Mahu Husnul Khatimah, Siti Nurhaliza Pasang Impian Menetap Di Makkah – “Saya Boleh Tumpukan Pada Kerja Amal”

Siti Nurhaliza pasang niat kerana Allah swt, mahu menetap di Makkah fokus kerja amal

Featured Thu, 5 Mar 2026

Kekasih Anak Sulung Ozlynn Peluk Islam – “Saya Seronok Menjalani Setiap Proses Menjadi Seorang Muslim”

Kekasih kepada anak sulung pasangan selebriti popular, Ozlynn dan Johan iaitu Ariq menyorot perhatian apabila memaklumkan, dia kini telahpun bergelar mualaf.

Selebriti Wed, 29 Nov 2023
error: Content is protected !!