Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 2:47pm

[VIDEO] Mahu Husnul Khatimah, Siti Nurhaliza Pasang Impian Menetap Di Makkah – “Saya Boleh Tumpukan Pada Kerja Amal”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sentiasa menanamkan niat kerana Allah dalam setiap langkahnya.

Menerusi perkongsian tular di platform TikTok, Siti, 46, mendedahkan sebelum menyanyi, dia tetap mengingati Allah dan menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa.

“Apa pun yang kita lakukan, niatkan kerana Allah. Kadang-kadang sebelum menyanyi pun, saya tetap mengingati-Nya. Walaupun ada yang berpendapat suara itu aurat, saya serahkan segala-galanya kepada Allah,” katanya.

Pelantun lagu Jerat Percintaan itu juga memaklumkan dirinya sering berdoa agar suatu hari nanti tidak lagi perlu berada di atas pentas dan berharap dapat menyumbang dalam kerja-kerja kebajikan.

“Saya berdoa agar suatu hari nanti saya tidak lagi perlu menyanyi. Mungkin saya boleh tumpukan pada kerja amal. Saya juga menyimpan impian untuk menetap di Makkah dan menghabiskan usia di sana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi dia sentiasa memohon doa agar diberikan pengakhiran hidup yang baik (husnul khatimah) kerana baginya, itulah yang paling utama dalam kehidupan seseorang.

@syukfendi

Kak Iti😭😭😭 #fyp #fypmalaysia #fypシ #fyphariini #fypage

♬ bunyi asal – syukfendi – syukfendi

Kredit: Syuk Fenfi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Oct 2021

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai […]

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

“It’s Not That Big” – Izara Aishah Jawab Isu Punggung Besar Dan Gebu

Tapi, betulkah Izara suntik pungguk agar kelihatan sama seperti Kim Kardashian?

Hiburan Sat, 23 Feb 2019
Drama Tue, 19 Aug 2025

Berat Badan Susut 15 Kilogram, Noki Tepis Dakwaan Sakit – “Saya Mahu Bentuk Badan Berotot Bukan Berlemak”

Anggota kumpulan rap popular K-Clique, Noki menafikan dakwaan dirinya sakit selepas dilihat semakin kurus.

error: Content is protected !!