Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi August 11, 2023 @ 5:50pm

#BabyXTRA: Bahagia Bersama Anak-Anak & Suami Penyayang, Almy Nadia Syukur Setiap Hari Belajar Perkara Baru Menjadi Seorang Ibu

Bukan senang seorang selebriti memilih untuk tidak aktif di layar televisyen lagi, namun pengorbanan pelakon, Datin Almy Nadia yang mengutamakan anak-anak amat memberi inspirasi kepada semua.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, isteri kepada pengarah dan pelakon Datuk Fizz Fairuz berkongsi pengalamannya menjadi seorang ibu kepada empat cahaya mata.

Morning Sickness Tak Teruk, Pantang Tradisional Pilihan Nombor Satu

Beruntung jadi Datin Almy, tak ada berdepan insiden alahan ibu mengandung yang teruk.

“Paling teruk arwah anak saya nombor empat dan lima yang meninggal mungkin sebab kedua-kedua anak lelaki. Anak perempuan ni mild je morning sickness saya, tak adalah teruk sangat.

“Dari segi berpantang semestinya saya lebih memilih cara tradisional dan sentiasa mahukan suami yang menjaga saya, tak nak orang lain walaupun ada di pakej penjagaan bersalin,” katanya.

Datuk Fizz Fairuz, Suami Penyayang

Almy Nadia

Alhamdullah, seronok kehidupan Datin Almy apabila dikelilingi seorang suami yang begitu penyayang terhadap anak-anak. Boleh dikatakan one in a milllion!

“Datuk sebagai bapa seorang yang sangat penyayang, anak-anak nombor satu sudah semestinya. Jadi saya gembira, sebab senang sangat sebab apa-apapun mesti dengan anak-anak.

“Saya lagi tegas, tapi dia ada cara dia bila tegas. Kalau saya tegas, dia tak tegas. Kira tukar bersilih ganti macam tu la.” tuturnya.

Bersyukur Tak Pernah Alami Kemurungan, Setiap Hari Belajar Perkara Baru!

Kadang kala ada segelintir ibu yang berhadapan situasi cemas apabila diserang penyakit kemurungan terutamanya semasa berpantang iaitu ‘postpartum depression’.

Almy berkata dia tidak pernah berhadapan peristiwa tersebut serta mempercayai pengalaman menjadi ibu itu adalah amat berharga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur tidak pernah mengalami masalah postpartum deperssion seperti sesetengah ibu yang lain. Mungkin sebab saya dijaga dengan baik, walaupun dalam pantang kerja saya banyak gelak saja.. bahagia Alhamdulillah.

“Memang stress, terutamanya buat ibu yang pertama kali melahirkan tapi bagi saya pengalaman tu mahal,” tuturnya.

Berkongsi pengajaran dan ilmu yang diperolehnya sepanjang menjadi ibu, Almy berkata setiap hari ada sahaja perkara baharu yang dipelajarinya.

“Setiap hari sebagai ibu saya belajar perkara baru. Bila anak dah besar, macam ni.. semasa masih kecil pula begini. Tak semua sama.

“Karakter anak-anak saya semua sama, mungkin sebab mereka merasai zaman kanak-kanak. Mereka bukan lebih kepada bermain gadget, ada masa untuk bermain gadget tapi tak fokus sangat.

“Anak-anak saya tidak menggunakan telefon di rumah, hanya ketika berada di luar. Apabila berada di luar, anak-anak saya bebas bermain dengan keadaan sekeliling contohnya televisyen, mainan.

“Saya tak banyak focus to gadget, sebab kalau terlalu fokus dengan gadget nanti tak mengenali dunia luar. Saya selalu nasihat untuk anak-anak untuk bergaul mengikut usia, jangan cepat nak jadi tua. Saya dan anak-anak selalu borak macam orang dewasa, beri penjelasan yang betul secara menyeluruh,” akhirnya.

Sekadar info, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

Artikel Berkaitan: Terima Kecaman Peluk Mimi Peri, Almy Nadia Tidak Rasa Buat Perkara Salah – “Saya Tak Nak Tambah Dosa…”

Artikel Berkaitan: Lebih Senang Urus Anak-Anak Sendiri, Almy Nadia Tak Fikir Soal ‘Me Time’ – “Korban Segalanya Demi Harta Akhirat…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2024

Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan

Mahkamah turut memerintahkan PU Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan

Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

Featured Fri, 16 Aug 2024
error: Content is protected !!