Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 26, 2025 @ 2:45pm

4 Alasan Kenapa ‘Duyung: Legenda Aurora’ Wajib Masuk Dalam Senarai Tontonan Hujung Tahun!

Legenda tidak pernah hilang, cuma menunggu masa untuk dihidupkan semula dan itulah roh yang dibawa dalam filem Duyung Legenda Aurora, naskhah komedi fantasi tempatan yang menemui penonton di pawagam mulai 25 Disember 2025.

Filem ini mengetengahkan gabungan elemen mitos, kekeluargaan, pengembaraan dan humor, selain memaparkan mesej mendalam tentang kasih sayang, keberanian serta pengorbanan. Dengan jalan cerita yang segar, visual menarik serta barisan pelakon hebat, karya ini hadir sebagai filem tempatan yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Diarah oleh Datuk Prof. Ts. Dr. A. Razak Mohaideen, Duyung Legenda Aurora mengikuti kisah kemunculan semula Puteri Duyung yang terpaksa meminta bantuan manusia demi menyelamatkan anaknya. Filem ini dibintangi Maya Karin, Anna Jobling, Saiful Apek dan Yusry KRU, sekali gus menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang sarat emosi, penuh warna dan menghiburkan.

Berikut empat sebab utama kenapa anda perlu menyaksikan Duyung Legenda Aurora di pawagam:

Nostalgia Ikonik Duyung Kembali Bernyawa

Salah satu daya tarik utama filem ini ialah kembalinya watak Puteri Duyung yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Lakonan Maya Karin diberikan nafas baharu, namun masih mengekalkan pesona dan keanggunan yang pernah memikat penonton. Unsur nostalgia ini bukan sahaja mengimbau kenangan penonton lama, tetapi turut memperkenalkan semula legenda ini kepada generasi baharu dengan skala penceritaan yang lebih moden dan besar.

Gabungan Komedi, Fantasi & Sentuhan Emosi Kekeluargaan

Duyung Legenda Aurora bijak seimbangkan komedi dan elemen kekeluargaan yang menyentuh perasaan. Hubungan ibu dan anak antara Puteri Duyung dan Aurora menjadi teras cerita, sambil diserikan watak-watak lain yang mencuit hati. Lawak yang disampaikan tidak berlebihan, sebaliknya melengkapkan penceritaan dan menjadikan filem ini sesuai untuk tontonan semua peringkat usia.

Barisan Pelakon Popular Dengan Karakter Yang ‘Hidup’

Selain Maya Karin sebagai Puteri Duyung dan Anna Jobling sebagai Aurora, Saiful Apek tampil sebagai Jimmy dengan gaya komedi yang mencuri perhatian. Yusry KRU pula menghidupkan watak Dr. Evo sebagai antagonis yang berkualiti. Tidak ketinggalan Yassin Yahya sebagai Orix, kumpulan Zero dan beberapa pelakon lain yang menambahkan lagi keunikan dunia fantasi filem ini. Setiap karakter mempunyai identiti tersendiri yang menjadikan filem ini lebih bertenaga dan menghiburkan.

Pilihan Tontonan Keluarga Paling Sesuai Musim Perayaan

Ditayangkan pada 25 Disember dengan klasifikasi P12, filem ini hadir tepat pada musim cuti hujung tahun sebagai pilihan tontonan keluarga. Naratifnya yang ringan, mesej positif dan elemen pengembaraan menjadikan Duyung Legenda Aurora antara naskhah yang ideal untuk dinikmati bersama orang tersayang.

Jangan lepaskan peluang menyelami dunia fantasi yang penuh magis, gelak tawa dan emosi dalam Duyung Legenda Aurora. Rasai sendiri kisah keberanian, kasih sayang dan pengorbanan yang merentasi dua dunia. Temui legenda ini di pawagam bermula 25 Disember 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

12千人潮齐倒数迎新年 何念慈将推出个人写真集

槟城《嗨Fun Mmall跨年演唱会》圆满结束,当晚吸引12千人潮齐倒数迎新年!而大马网络女神Michiyo何念慈也为歌迷捎来好消息,透露将于2018年推出个人写真集及发专辑。

Selebriti Wed, 20 Mar 2024
Featured Mon, 11 Sep 2023
Featured Tue, 24 Jun 2025

“Sajat Nak Pergi Umrah Atau Haji, Itu Hal Dia Dengan Allah” – Aliff Syukri

Aliff meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk Sajat.

Trending Mon, 14 Jun 2021

Jom Semak Senarai Kategori Layak Buat Permohonan Rayuan BPR 2021

Korang boleh semak sebab kenapa tak lulus okay!

Trending Thu, 21 Apr 2022
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Hampir Alami Kemurungan, Nourul Wahab Bongkar Kisah 10 Tahun Lepas

“I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang-sorang, fikir @ayu_ace, dan macam-macam lagi,” tulis penyanyi Nourul Wahab yang berkongsi kisah perit dilaluinya sepuluh tahun lalu. Menerusi laman Instagramnya, Nourul atau nama sebenarnya Noorul […]

error: Content is protected !!