Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 21, 2022 @ 6:20am

Nafi Tak Aktif Berlakon, Johan As’ari Penuhi Komitmen Filem

Pelakon Johan As’ari menafikan dia sudah tidak aktif berlakon ekoran wajahnya kurang menghiasi kaca televisyen.

Mengakui jarang memenuhi tawaran drama bersiri atau telefilem, Johan memenuhi komitmen terhadap beberapa karya filem yang bakal ditayangkan di layar lebar.

“Saya bukan tidak aktif, sebaliknya berikutan fasa pandemik sebelum ini, ada beberapa filem yang saya bintangi masih menanti tarikh tayangan di pawagam.

“Antaranya ialah Mat Kilau arahan Syamsul Yusof dan filem Air Force yang menceritakan mengenai kisah anggita beruniform yang mempertahankan negara,” katanya.

Johan ditemui di Majlis Amal Maghfirah anjuran Yayasan Maghfirah di Bangi Avenue Convention Centre pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: 300 Asnaf Diraikan Di Majlis Amal Maghfirah… Johan As’ari, Fedtri Yahya, Azmi Saat Turun Padang Santuni Anak Yatim, Tahfiz, OKU & Asnaf

Tambah Johan, dia turut berpeluang menjalani penggambaran di Gaza untuk filem Road To Heaven terbitan Artistic Islamic Media Content Sdn. Bhd.

“Bila saya dapat tawaran, perasaan saya cukuplah teruja. Lebih-lebih lagi apabila saya mendapat tahu berpeluang untuk membintangi filem genre Islamik yang berlatarkan bumi Palestin. Rasa macam tak percaya dan bagai bermimpi pula apabila diberikan peluang untuk ke sana nanti.

“Jika tiada sebarang halangan, barisan produksi yang turut membabitkan Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi akan menyambung kerja penggambaran selepas raya iaitu pada Jun depan.

“Kisahnya berkaitan keadaan sukarelawan Malaysia yang berkhidmat di sana melalui pelbagai cabaran selain turut diselitkan elemen setia kawan dan cinta tiga segi,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jun 2025

Gabung Elemen Bangsawan & Silat Teaterikal, Teater Tun Fatimah Angkat Semangat Perjuangan Wanita Melayu

Pementasan yang bukan sekadar persembahan seni malah menjadi simbol usaha berterusan dalam memartabatkan sejarah negara.

Filem Wed, 8 Apr 2026

Gayong 2 Tampil Lebih Epik, Ini 3 Sebab Kenapa Filem Ini Wajib Ditonton

Jom semak tiga sebab utama kenapa Gayong 2 perlu ada dalam senarai tontonan anda!

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Tercalon dalam kategori Ekstra! Seller Terpaling Popular ABPBH 37 bersama Ammar Ahyan, Datuk Seri Aliff Syukri merasakan dirinya sekadar tumpang populariti anak.

Hiburan Sun, 2 Feb 2025

DJ Kidd Jawab Emma Maembong Ada Dalam Hati

DJ Kidd jawab Emma Maembong ada dalam hati

error: Content is protected !!