Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 18, 2022 @ 4:08pm

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Didera 2 Abang Sepupu – “Mangsa Diikat Dengan Tali Rafia & Kepala Dipukul”

Peristiwa menyayat hati buat sebuah keluarga yang terpaksa berhadapan dengan rasa perit kehilangan anak tercinta berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh keluarga sendiri.

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini melibatkan anak kecil yang dikenali sebagai Dila dikatakan telah dipukul dan didera oleh dua abang sepupunya iaitu Fajar dan Galib.

Memetik laporan portal berita Indonesia, Detik, kematian Dila terbongkar selepas tindakan dua suspek tersebut mencurigakan kerana mahu meminjam tempat mandi jenazah daripada ketua kampung bernama Suraji.

Difahamkan, ketua kampung turut curiga dengan aksi dua suspek situ kerata tiada kematian dilaporkan di kampung berkenaan.

Susulan daripada itu, penduduk kampung dan Suraji bertindak untuk bergegas ke rumah suspek dan mereka mendapati mangsa sedang terbaring dalam keadaan kaku dan tidak sedarkan diri.

Pada awalnya salah seorang daripada suspek berkata mangsa terjatuh dari tingkat dua rumah mereka. Lantaran itu, Suraji membuat laporan polis sebelum semuanya terbongkar.

Setelah disiasat oleh polis, suspek berusia 18 dan 24 tahun mengakui telah mendera mangsa sehingga menyebabkan kematian dan hasil bedah siassat juga mendapati badan mangsa dipenuhi dengan kesan lebam.

Guru sekolah mangsa, Rusmiyati memaklumkan sudah seminggu Dilla tidak hadir ke sekolah kerana diberitahu mangsa tidak sihat.

Rusmiyati turut mendedahkan anak kecil itu ada hadir ke sekolah dalam keadaan yang amat teruk di mana kepalanya botak, kaki yang cedera sehingga tidak boleh memakai kasut dan tidak boleh berjalan dengan sempurna.

“Pipinya dan semua tangannya sudah lebam. Saya tidak berani membuka bajunya, yang buka adalah pengetua sekolah. Kaki kanan luka, sampai tak boleh pakai kasut. Katanya itu luka lama. Namun, dia tidak menjelaskan secara terperinci tentang luka itu,” ujar gurunya.

Menurut sumber Detik, difahamkan Dila telah lama didera menggunakan tali rafia, dipukul kepala dan sebagainya.

Dila dibesarkan oleh ibu saudaranya dan dua abang sepupunya itu semenjak berusia 35 hari lagi kerana bapa kandungnya sudah meninggal dunia manakala ibunya tidak mampu untuk menjaganya.

Suspek telah ditahan polis dan jika disabitkan kesalahan, suspek utama bakal menerima hukuman penjara 15 tahun. manakala suspek kedua dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan

Sumber/Kredit Foto: Detik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Simpan Foto Lucah, Bintang Korea Ini Bakal Berdepan Tindakan Mahkamah!

Pihak berkuasa Seoul kini sedang meneliti foto-foto berkenaan dan buat masa ini Jung Joon Young telah ditahan.

Featured Fri, 1 Sep 2023
Trending Tue, 16 Oct 2018

Nike签下首位脑麻运动员!他泪崩「能限制你的只有你的思想」

运动品牌Nike近期宣布,签下品牌旗下第一位残障马拉松选手;当事人得知后一度跪地痛哭,他说道「谢谢大家相信,这个世界上没有身障人士做不到的事情。」

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Wany Hasrita Nasihat Jangan Sibuk Perihal Dalam Kain Orang – “Fokus Perbaiki Diri, Saya Pun Tengah Cuba Ni”

Wany Hasrita minta netizen fokus jaga diri sendiri, jangan sibuk isu rumah tangga selebriti

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Trending Fri, 5 Oct 2018
Trending Mon, 23 Jul 2018

Hebat! Remaja 19 Tahun Mula Jalan Kaki Ke Makkah

Sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

error: Content is protected !!