Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 2, 2023 @ 9:02pm

Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

Pelakon, Datin Almy Nadia mengharapkan karya sulung Mat Tudung Begins arahan suami tercintanya, Datuk Fizz Fairuz akan mendapat sambutan ramai.

Almy berkata sebagai isteri dia menyaksikan segala perit dan liku-liku yang dilalui suaminya sepanjang menjayakan filem komedi Mat Tudung Begins selama 8 tahun.

“Saya sangat gembira untuk suami saya.. usaha dia selama ini bekerja keras demi menjayakan filem arahan pertamanya, Mat Tudung Begins.

“Pelbagai perkara saya beri sokongan kepada dia. Lapan tahun dia pendam karya sulung ni saya tahu bukan senang untuk sampai ke tahap ini,” katanya.

Jelas Almy, sepanjang lapan tahun suaminya pernah berdepan fasa putus asa, namun anak-anak adalah penguat semangatnya untuk meneruskan perjuangan.

“Sepanjang 8 tahun itu tak dinafikan suami saya banyak rasa tertekan dan hampir untuk mengalah, sebagai isteri saya sentiasa bagi sokongan kepadanya.

“Apa yang saya lakukan saat dia down adalah dengan membawa anak-anak kami kepadanya, menceriakan dia.

“Anak-anak adalah kekuatannya. Dia tak perlukan orang lain. Kalau saya, mungkin daripada jauh tapi janji dia kena nampak saya ada,” tuturnya kepada XTRA.

Almy ditemui ketika malam gala filem Mat Tudung Begins di TGV 1 Utama, minggu lalu.

Di akhir temubual, sebagai isteri Almy sentiasa mendoakan kejayaan buat suami tercintanya dalam setiap kerjayanya sebagai anak seni.

“Harapan saya semestinya mahukan yang terbaik untuk kejayaan suami saya sebab saya tahu macam mana permulaan dan pahit getirnya.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik buat suami saya sebagai isterinya,” katanya.

Fizz sebelum ini berharap filem komedi Mat Tudung Begins akan mencecah sebanyak RM10 juta tontonan.

Filem Mat Tudung Begins boleh disaksikan di seluruh pawagam bermula esok, 3 Ogos yang menampilkan selebriti Achey, Maryam Durian Kimchi, Isyariana dan personaliti media sosial terkenal Indonesia, Mimi Peri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

KHLOE KARDASHIAN FINALLY ANNOUNCES PREGNANCY!

The TV reality show star has been hiding her baby bump for quite a while now!

Featured Wed, 23 Jun 2021

“Nak Pakai Tudung Semula, Tapi Kena Istiqamah Dulu”- Uqasha Senrose

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan  hasrat hatinya untuk berhijrah dan kembali mengenakan hijab. Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi satu video Tiktok  yang dimuat naik yang menampilkan pelakon itu tampil sopan dan manis lengkap memakai hijau […]

Trending Tue, 2 Jul 2019

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Baru 12 tahun dik oi, apa nak jadi ni?

Events Fri, 9 Sep 2022

Terpaling Juara: Masih Tak Boleh Move On! Netizen ‘Compare’ Suara Ifa Raziah- “Part ‘Aku’ Tu Macam Bunyi Serigala…”

Walaupun sudah lima hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, namun kontroversi yang melanda penyanyi dangdut Ifa Raziah masih lagi hangat diperkatakan netizen. Mungkin masih tidak boleh ‘move on’ dengan nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan pada […]

Hiburan Sat, 16 Aug 2025
Trending Fri, 14 Jun 2024
error: Content is protected !!