Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 14, 2024 @ 8:03pm

Cantiknya Bawal Kolaborasi TV3 Dengan Tudung Ruffle!

Sempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-40, TV3 sekali lagi berkolaborasi dengan salah satu jenama terkenal, Tudung Ruffle.

Bercorakkan moden, minimalis dan dijual dengan harga berpatutan, ia dapat menambat semua peminat tudung bawal dan penonton TV3.

Kolaborasi kali ini membawakan dua jenis rekaan dan rekaan pertama bermotifkan abstrak modern.

Corak kali ini sedikit berbeza dengan corak yang ada di pasaran kerana corak ini mengandungi ciri-ciri rekaan yang sangat unik iaitu mempunyai elemen Sri Pentas.

Ia bagi melambangkan kolaborasi unggul mengangkat bangunan Sri Pentas yang telah menjadi ikonik dalam kalangan rakyat Malaysia yang kerana sudah pun lama bertapak di Damansara Utama.

‘Film strip’ juga sebagai lambang rangkaian TV3 telah melancarkan pelbagai rancangan menarik sepanjang 40 tahun ini. Corak yang pertama ini mempunyai 3 warna yang diberi nama Azalea Storm, Lestary Rose dan Akasia Ink. Nama-nama tersebut juga dinamakan sempena nama-nama slot drama di TV3.

Bagi corak yang kedua, sebanyak 5 warna keseluruhanya iaitu, Zehra Almond, Samarinda Sand, Sakura Blush dan Iris Cloud.

Bagi rekaan kedua ini, ia menyajikan corak bunga bunga yang kecil dan warna-warna lembut yang sesuai digayakan oleh lapisan peringkat umur tidak kira muda atau lebih berusia.

Sinonim dengan perayaan ulang tahun, element riben juga ditambah sebagai pemanis bagi melengkapkan corak kedua ini.

Dengan material Premium Cotton Voile yang mudah dibentuk dan ringan, sekali lagi dapat memikat semua wanita diluar sana. Jenama Tudung Ruffle itu sendiri tidak asing lagi bagi jenama tudung bawal di Malaysia.

Koleksi edisi terhad ini boleh didapati di www.tudungruffle.com ataupun butik di IOI Putrajaya dan TRX.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Jun 2026

Nadia Annuar Persoal Gaya Hidup Bob T20, Label Pengurusan Masa Teruk -“Takkan Tak Ada Masa Pergi Gym 30 Minit?”

Kata Nadia, dia tidak bersetuju dengan alasan kononnya kesibukan bekerja menjadi punca seseorang tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Trending Sat, 23 Feb 2019

Wanita 59 Tahun Sanggup ‘Ubah’ Wajah Hanya Kerana Hutang 16 Juta

Lari Dari Bayar Hutang RM16 Juta, Wanita 59 Tahun Sanggup ‘Ubah’ Wajah

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

error: Content is protected !!