Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 3, 2023 @ 3:37pm

Terima Kecaman Peluk Mimi Peri, Almy Nadia Tidak Rasa Buat Perkara Salah – “Saya Tak Nak Tambah Dosa…”

Pelakon Datin Almy Nadia menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara memeluk pempengaruh terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri.

Memetik laporan mStar, insiden peluk itu berlaku secara spontan apabila Mimi terlalu teruja bertemu dengan Almy sewaktu tiba di Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, bagaimanapun terbuka menerima kecaman netizen namun meminta agar menegur secara berhemah.

“Saya tak perlu respon apa pun sebenarnya dan tak perlu membalas segala komen mahupun kritikan dengan cara apa sekali pun, apa orang nak cakap tu biarkan lah.

“Saya tak nak tambah dosa untuk bercakap atau menulis. Mungkin itu yang terbaik buat mereka (netizen) dengan membuat teguran cara sedemikian.

“Mereka boleh saja mesej saya secara peribadi untuk tegur mengenai perkara ini, tidak perlu secara umum dan saya tak baca pun segala komen itu,” ujarnya.

Pada masa sama, Almy memilih untuk tidak membaca komen kerana tidak mahu sakit hati dan mengelakkan dirinya daripada membalas komen-komen tersebut.

Malah, dia tidak merasakan apa yang dilakukan sebagai satu perkara yang salah.

“Saya tak baca pun komen sebab saya sejenis yang tak suka baca, kalau baca nanti rasa sakit hati dan ada rasa perasaan macam nak reply, jadi lebih baik saya tak payah baca.

“Saya tak ada rasa apa-apa pun, mungkin orang menegur sebab saya baru berhijab dan saya perlu menjaga batas tetapi di dalam industri seni ni macam mana.

“Nak kata saya ni terlalu baik, tidak. Tapi perubahan tu yang slow bukan drastik. InsyaAllah,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Datuk Fizz Fairuz Bawa Saya Ke Malaysia” – Mimi Peri Teruja Lihat KLCC, Syukur Impian Berlakon Filem Tercapai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Nov 2024

Terima Banyak DM Dari Peguam, Aisha Retno Bakal Bongkar Lebih Banyak Bukti

Aisha Retno mengaku menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peguam yang ingin membantunya berhubung konflik yang berlaku.

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Azwan Ali ke SPRM bawa apa tu?

Saya berharap dengan penyerahan dokumen dan laporan ini ia dapat membantu SPRM menjalankan siasatan- apa yang di bawa tu oleh Azwan Ali

Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Tue, 27 Aug 2019
Featured Tue, 8 Aug 2023
Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Khairul Aming Perjelas Sebab Bayi & Kanak-Kanak Dikira Sebagai Pax Di Rembayung – “Saya Tak Untung Pun Buat SOP Begini”

Khairul Aming tampil menjelaskan sebab dirinya menetapkan syarat bayi dan kanak-kanak tanpa mengira umur dikira sebagai jumlah pelanggan (pax) di restorannya, Rembayung.

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Selebriti Wed, 29 Nov 2023

Yasin Sulaiman Dibebas & Dilepas Daripada 3 Pertuduhan Dadah, Mahkamah Perintah Dimasukkan Ke Hospital Bahagia

Hakim telah memerintahkan Yasin untuk ditempatkan di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.

error: Content is protected !!