Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 2, 2024 @ 2:23pm

“Ada Pihak Yang Sengaja Nak Saya Dikecam” – Anna Jobling Bertegas Foto Dicium Aktor Indonesia Hanya Disunting

Pelakon, Anna Jobling tampil bersuara berhubung foto tular memaparkan dirinya dicium oleh aktor dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo.

Anna menegaskan foto tersebut telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai bertujuan untuk mencemarkan namanya.

“Terang-terangan gambar itu telah disunting. Saya sudah biasa dengan perkara sedemikian. Sebagai seorang figura umum, memang ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja buat supaya saya dikecam.

“Mereka (pihak tidak bertanggungjawab) hanya mahukan perhatian atau mungkin mereka terlalu bosan tak tahu nak buat apa.

“Saya gelak sahaja bila gambar tersebut tular sebab benda pun sudah selalu berlaku,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Anna mengakui dia mengenali aktor berkenaan namun hubungan mereka tidak lebih daripada hanya sekadar berkawan sahaja.

“Saya kenal ramai pempengaruh dan Youtuber termasuk lelaki tersebut. Kelompok kenalan di sini (Indonesia) saling berkait, kalau contoh kenal Youtuber ini nanti akan kenal Youtuber lain.

“Saya tidak sembunyikan hubungan cinta dengan sesiapa pun. Tiada pun apa-apa hubungan dengan sesiapa pun,” katanya.

Sebelum ini, nama Anna menjadi sebutan ramai selepas tular fotonya dicium Karel ketika menyambut ulang tahun aktor berkenaan sekitar Mei lalu.

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Nov 2024

Terima Mas Kahwin RM100, Ina Naim Akhirnya Sah Bergelar Isteri

Ina dan pasangannya yang dikenali sebagai Mohd Khairul Rizal sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Hiburan Thu, 30 May 2019

Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Padam ‘the ugly post’…semoga Zuriehan terus tabah hadapi dugaan ini. Doa yang baik-baik!

Featured Thu, 21 Jul 2022

Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

Ada yang tampil mendedahkan mengenai perkenalan mangsa dan penceramab bebas 🫣 Dakwanya suspek ada tiga isteri? Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis ya 😊

Hiburan Fri, 19 Jan 2024
error: Content is protected !!