Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 19, 2024 @ 1:50pm

Elvina Mohamad Luah Rasa Bengang, Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Bayi 9 Bulan… Siap Curi Duit & iPhone Anak

Pelakon Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa bengang apabila mengetahui pembantu rumahnya melarikan diri pada Khamis.

Menerusi hantarannya di Instastory, wanita warga Indonesia berusia 39 tahun itu turut mencuri wang, telefon bimbit selain meninggalkan anaknya yang berusia 9 bulan sebelum hilang tanpa kesan.

“My maid lari tinggalkan my son umur 9 bulan seorang diri dan dia telah bawa lari sejumlah wang dan juga iPhone anak kami dan mungkin ada lagi barang-barang lain yang kami masih belum check,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga mengesyaki wanita tersebut sudah lama merancang untuk melarikan diri dan mengambil barang peribadi anaknya itu.

“Ya Allah geram betul rasa dah lari tu satu hal pastu mencuri lagi tu. Pernah dengar dia tanya Karl ‘password phone Karl apa bibik tolong buka’ rupanya dah ada agenda. Haih sakit betul hati ni.

“Dalam rumah ni ada dua maid, tugas dia ni hanya jaga dan basuh baju Maleeq sahaja,” jelasnya.

Selain itu, dia turut mendedahkan pembantu rumah berkenaan sering culas menjalankan tugas yang dapat dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah.

Meskipun sudah menjaga kebajikan pekerjanya, Elvina terkilan wanita itu sanggup melarikan diri dengan cara sebegitu.

“Kerja rumah lain semua bibik seorang lagi buat so tak berat pun kerja dia. Bila kita tiada dirumah dan check CCTV dia sibuk main TikTok, karaoke, main phone dan anak kita dibiarkan sendiri. Bila tegur dia buat-buat macam buat kerja tapi mata jeling pandang CCTV.

“Awal-awal bekerja haritu buat cerita sedih katanya anaknya di kampung tiada phone nak call susah, my husband bagi duit suruh anak dia beli phone boleh lah mereka video call, tapi tetap berperangai.

“Baru-baru ni dia cakap dia tak pernah celebrate birthday tak pernah ada cake. Saya dan suami walaupun busy kerja tetap balik juga belikan cake dan order makanan apa yang dia teringin nak makan,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Gusar Keterbukaan Timbulkan Rasa Kurang Senang, Nora Danish Mahu Jaga Privasi

Nora Danish bimbang sekiranya hubungan yang sedang terjalin itu tidak berjalan seperti yang diharapkan ramai.

Hiburan Sun, 29 Dec 2019
Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Guling Atas Lebuh Raya, Kereta ‘Lawan Arus’… Ubai MZ Kongsi Tiga Detik Cemas Hampir Ragut Nyawa

Ubai mendedahkan dia pernah terlibat dalam tiga kemalangan berasingan ketika menunggang motosikal dan memandu kereta

Featured Sat, 4 Apr 2026

“Saya Lindungi Mereka Daripada Kejahatan Sebab Tu Saya Ceraikan Dia”- Linda Jasmine 

Bekas isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine seolah-olah memberi bayangan mengenai punca perceraiannaya bersama aktor berkenaan.

Events Thu, 20 Sep 2018

[#WinWithxtra] Win FREE TICKETS to Sunway Lagoon’s Nights of Fright 6

Are you ready for a night filled with thrill and horror?

Featured Tue, 23 Jan 2024

Genap 3 Hari Bergelar Isteri, Atikah Suhaimie Luah Rasa Teruja – “Macam Tak Percaya, Ingatkan Mimpi”

Yelah… selalu time bercinta on the phone takpun jumpa kejap je kan… Now, dah ada kat depan mata🥰

error: Content is protected !!