Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 18, 2022 @ 1:36pm

Tiket Konsert Search Rocking On Roof Top Laku Keras!

Kumpulan Search yakin dapat menjual habis tiket yang dikeluarkan untuk peminat bagi menyaksikan Konsert Search Rocking On Roof Top di Hotel Campbell pada 11 Jun ini .

Malah, tiket konsert kumpulan yang dianggotai Din (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Minn (dram) dan Denden (vokalis) ini juga laris terjual setakat ini.

Menurut Din, jualan yang mula dibuat sejak 23 April lalu menyaksikan tiket berharga RM88 sudah habis terjual, manakala tiket berharga RM198 sudah 60 peratus terjual.

“Sementara itu tiket berharga RM298 juga mula bergerak sekitar 20 ke 30 peratus.

“Insya-Allah dengan masa yang ada sekarang serta dengan publisiti yang diberikan kami yakin kesemua tiket akan habis dijual dalam masa terdekat,” katanya.

Menerusi konsert ini, Search akan tampil dengan lagu-lagu dari album kelima, Karisma yang diterbitkan pada 1990 dan album keenam Search, Rampage (1992) dan akan dinyanyikan oleh vokalis terbaharunya, Denden.

Sementara itu, Denden turut akui sukar untuk bawakan lagu-lagu yang pernah dilontarkan oleh Amy Search yang merupakan vokalis asal kumpulan itu dan ingin fokus pada persembahannya nanti.

“Jujurnya saya mengalami sedikit kesulitan ketika sesi latihan untuk konsert ini kerana seperti yang kita tahu sebelum ini, lagu-lagu Search dinyanyikan abang Amy.

“Saya sendiri mengidolakan abang Amy sejak kecil. Pembawakannya untuk lagu-lagu Search cukup baik dan hebat sekali.

“Saya sendiri akui sukar untuk membawakan lagu-lagu yang dipersembahkannya. Saya terpaksa ambil sedikit waktu untuk hafal kebanyakan lagu yang bakal dipersembahkan di dalam konsert ini nanti,” jelasnya.

Menurut Denden, lagu-lagu tersebut jarang dimainkan di dalam konsert-konsert Search sebelum ini, tetapi semuanya lagu-lagu ini sedap dinikmati.

“Kebanyakan lagu-lagunya mempunyai pitching yang tinggi. Memang sukar juga untuk saya mengejarnya. Tapi saya akan berusaha untuk buat yang terbaik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

Hiburan Sat, 13 Jan 2024
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Baim Wong, Isteri Tersenarai Antara Vlogger Terkenal Dunia

Hebat penangan suami isteri ni, sentiasa terhibur tengok telatah mereka di Vlog Bapau. Cuba try layan, menghiburkan!

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

EXO vs. BTS: FIFA World Cup 2018 Battle a Draw

The conclusion is…neither won nor lost.

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

Bila adik beradik kongsi set penggambaran sama, mesti lagi seronoklah kan?

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Scha Elinnea Luka & Lebam Demi ‘Anak-Anak Mafia’

Scha Elinnea tak serik berlakon babak aksi

Hiburan Fri, 2 May 2025
error: Content is protected !!