Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 2, 2025 @ 6:09pm

Amir Ahnaf Utamakan Hormat & Keselesaan Berlakon Dengan Pelakon Wanita – “Sentuhan Hanya Bila Wajar, Bukan Suka-Suka”

Pelakon, Amir Ahnaf, memilih untuk berlakon dengan penuh kesedaran dan sensitiviti, terutama apabila terlibat dalam babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

Ketika ditemui XTRA, Amir, atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, berkata dia sentiasa memastikan wujudnya komunikasi terbuka dan keserasian antara dirinya dan pelakon gandingan sebelum melakonkan babak yang menyentuh secara fizikal.

“Bagi saya, semuanya bermula dengan rasa hormat dan keselesaan bersama. Kalau pasangan saya dalam babak tu tak selesa, saya takkan paksa. Kita cari cara lain. Apa-apa pun mesti bincang dulu, elak salah faham,” katanya.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama terbaharunya Pabila Dia Tersenyum, yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor.

Mengulas lebih lanjut, Amir turut menegaskan dia mempunyai prinsip jelas untuk tidak bersentuhan jika pelakon wanita itu sudah bergelar isteri orang.

“Saya okay je kalau ada babak bersentuhan, selagi pelakon tu belum berkahwin. Tapi kalau dia dah bersuami, saya lebih selesa elakkan terus. Itu prinsip saya — hormat pada batas dan pasangan orang lain,” jelasnya.

Bercerita lagi, Amir juga memaklumkan dia menjalani penggambaran bersama pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis, yang ketika itu baru berusia 17 tahun.

Demi memastikan keselesaan bersama, Amir memilih untuk mendekati Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dengan cara penuh tanggungjawab.

“Masa tu saya fikir, ‘macam mana nak buat ni dengan selamat dan selesa?’ Jadi saya ambil pendekatan untuk anggap Aqish macam adik sendiri. Bila dah ada rasa sayang dan hormat tu, semuanya jadi lebih mudah dan semula jadi,” kongsinya.

Walaupun pernah melakonkan beberapa babak menyentuh fizikal, Amir bersyukur kerana tidak pernah berdepan kecaman mahupun ugutan daripada peminat.

“Alhamdulillah, setakat ni tak pernah ada peminat yang marah atau kecam. Saya percaya bila kita hormat orang, orang pun akan hormat kita balik. Kita pelakon, tapi tetap kena tahu batas,” tambahnya.

Kini, Amir kembali mencuri perhatian sebagai watak utama dalam drama bersiri Pabila Dia Tersenyum, yang ditayangkan di platform VIU setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu mulai 24 April 2025.

Selain Amir, drama ini turut dibintangi pelakon popular seperti Alya Iman, Adam Lee, Iqram Dinzly, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Wed, 14 Jan 2026

“Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

Uqasha turut menegaskan tindakannya berdiam diri sebelum ini tidak seharusnya disalah tafsir

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Akhirnya Aidil Aziz Terima Fasha Sandha

Kenyataan mengenai perhubungan antara Aidil dan Fasha mula terlerai apabila sebelum ini Fasha turut mengakui bahawa Aidil merupakan lelaki paling rapat dalam hidupnya

Featured Thu, 29 Sep 2022

“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Fazura kongsi kejadian semasa bawa anak-anak kecil dan autistik naik kapal terbang, tapi lain yang jadi… 🥺

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Andmesh Kamaleng Kembali Ke Malaysia 14 Februari 2026, Jayakan Konsert ‘Andmesh Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’

Andmesh Kamaleng bakal kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert penuh emosi berjudul ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung pada 14 Februari 2026.

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

One Two Jaga Terus Unggul, Tahniah Nam Ron!

Filem Crossroad: One Two Jaga meneruskan kegemilangan pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) pada 30 Mac lalu, apabila membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) […]

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

’Maafkan Saya Uncle Zaibo, Terima Kasih Atas Segalanya’ -Wardina Saffiyah

Wardina dan Zaibo pernah berganding menerusi sitkom Spanar Jaya pada tahun 1999- 2005.

error: Content is protected !!