Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 28, 2019 @ 8:10am

One Two Jaga Terus Unggul, Tahniah Nam Ron!

Filem Crossroad: One Two Jaga meneruskan kegemilangan pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) pada 30 Mac lalu, apabila membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) di Kuching, semalam.

Nam Ron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, manakala Amerul Affendi pula menang Pelakon Pembantu Terbaik pada festival dwi-tahunan meraikan khalayak industri perfileman dari negara-negara Asean.

Anugerah Filem Terbaik dimenangi filem asal Filipina yang mengisahkan kisah benar sebuah keluarga sekitar tahun 1990-an berjudul Signal Rock lakonan Christian Bables dan Keanna Reeves arahan Chito S. Rono.

Kristoffer King atau nama sebenar Christopher Reyes dari Filipina yang meninggal dunia akibat sakit misteri pada Februari lalu menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem berjudul Kristo.

Mendiang menewaskan dua pelakon Malaysia yang turut tercalon dalam Top 5 kategori sama iaitu Remy Ishak (filem Pulang) dan Dr Rosdeen Suboh yang menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM30 lalu.

Manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi pelakon Indonesia, Raihaanun menerusi filem berjudul ’27 Steps of May’.

Lebih 100 filem dari 10 negara Asean bertanding dalam sembilan kategori AIFFA 2019 yang berlangsung di Hotel Pullman di sini, tahun ini.

Berikut barisan pemenang AIFFA 2019:

1. Filem Terbaik: Signal Rock (Filipina).
2. Pengarah Terbaik: Nam Ron/ Crossroads: One Two Jaga (Malaysia)
3. Pelakon Lelaki Terbaik: Kristoffer King/Kristo (Filipina)
4. Pelakon Wanita Terbaik: Raihaanun/27 Steps of May (Indonesia)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Amerul Affendi/ Crossroads: One Two Jaga (Malaysia)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Barbara Miguel/1-2-3 (Gasping for Air) (Filipina)
7. Lakonlayar Terbaik:Leon Le, Nguyen Thi Minh Ngoc/Song Lang (Vietnam)
8. Sinematografi Terbaik: Na Gyi/Mi (Myanmar)
9. Penyunting Terbaik: Wawan I. Wibowo/ Ave Maryam (Indonesia)
10. Anugerah Khas Juri: Hari Minggu Yang Ke 4 (Brunei).
11. Anugerah Khas Juri: Bad Genius (Thailand).
12. Anugerah Khas Semangat ASEAN: Rina 2 (Brunei dan Laos).
13. Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Slamet Rahardjo (Indonesia).
14. Anugerah Khas Inspirasi: Steven Seagal.

End

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Jan 2025

Mahu Jadi Lebih Positif, Tindakan Janna Nick Lawat Sahabat Baru Bersalin Menyentuh Hati – “Sebaknya! Moga Ada Rezeki Nanti”

Janna menitipkan doa agar semua pejuang dua garis biru pada tahun ini dikurniakan rezeki

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Alvin鍾瑾桦28岁生日!粉丝买巴士广告送惊喜

本月23日即将迎来28岁生日的Alvin鍾瑾桦,日前后援粉丝会特别为他举办生日派对,并买下印有鍾瑾桦肖像的巴士广告送上惊喜!

Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Sat, 9 Nov 2024
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Isteri Hamil Anak Pertama, Glenn Fredly Masih Berahsia?

Timbul spekulasi bahawa isterinya kini hamil anak pertama.

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
error: Content is protected !!