Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 5:47am

Tiket Laku Bak Pisang Goreng Panas, Konsert GenKRU Bakal Diadakan Untuk Malam Kedua Pada 4 Mei 2025!

Kehebatan trio bersaudara KRU terus terbukti apabila tiket Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mei 2025 habis dijual dalam tempoh satu jam selepas jualan dibuka pada jam 11 pagi semalam.

Sambutan luar biasa ini menunjukkan KRU yang dianggotai Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim masih mempunyai pengaruh besar di hati peminat.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang selaku penganjur konsert berkata, sebanyak 10,000 tiket telah habis terjual dengan peminat mula menunggu peluang membeli tiket sejak jam 8.30 pagi.

“Icon Entertainment amat berterima kasih kepada peminat KRU atas sambutan luar biasa ini. Tiket habis terjual pada jam 12 tengah hari, dan kami sangat terharu. Fenomena ini dijangka kerana KRU merupakan ikon muzik tanah air,” katanya.

Susulan permintaan tinggi, Icon Entertainment menerusi kemas kini di Instagram mengumumkan Konsert GenKRU hari kedua yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mei 2025, Ahad di lokasi dan waktu yang sama.

Tiket untuk hari kedua konsert boleh didapati bermula 23 Disember 2024, Isnin, jam 3.00 petang di laman web www.ticket2u.com.my/kru2.

Kali terakhir trio adik beradik ini membuat persembahan berskala besar adalah melalui Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya pada tahun 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Hiburan Thu, 10 May 2018

Eyra Hazali Takut Popular?

Jujurnya, saya tidak mampu menyembunyikan rasa takut dengan populariti segera yang diraih kini. Saya juga bimbang jika ada pihak yang akan terus meletakkan harapan menggunung selepas ini…

Hiburan Fri, 4 May 2018

Apa Motif Sajat Peluk Erat Fasha Sandha?

Tapi, apa motif Sajat  memuat naik gambar lama beliau bersama Fasha? Adakah, muat naik gambar tersebut cuma sekadar sebagai penghargaan beliau terhadap rakan baiknya itu?

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

“Tolong Doakan Anak Saya” – Saharul Ridzwan

Berkongsi gambar dan status menerusi laman instagram miliknya, Saharul Ridzwan memberitahu anaknya, Muhammad Luth Ali mengalami tonsil bernanah.

Featured Mon, 7 Jul 2025

“Hari-Hari Saya Akan Call Parents, Itu Dah Macam Ritual” – Alif Satar Anggap Kejayaan Dimiliki Berkat Doa Ibu Bapa & Isteri

Kunci disebalik kejayaan itu adalah meletakkan kemuliaan ibu, bapa dan isteri pada haknya.

error: Content is protected !!