Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 3, 2024 @ 3:30pm

“Lapan Tahun Lalu Saya Rakam Video Pertama Atas Lantai, Hari Ini Dapat Keistimewaan…” – Khairul Aming Masak Untuk Presiden New Zealand

Personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming berkongsi momen membanggakan yang berpeluang untuk bertemu Presiden New Zealand, Christopher Luxon, sebentar tadi di Restoran Hidang, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram, Aming berkata perjumpaan tersebut adalah sebagai tanda terima kasih daripada pihak New Zealand atas video memasak yang dilakukan di negara terkemuka itu.

Antara menu tradisional Malaysia yang dimasak oleh Aming kepada Presiden New Zealand adalah roti jala, teh tarik serta menghidangkan kuih-muih, cendol dan turut memperkenalkan dua produk miliknya iaitu sambal nyet dan dendeng nyet.

“Lapan tahun lalu, saya merakam video memasak pertama sambil duduk di atas lantai. Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri New Zealand.

“Perjumpaan ini sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana.

“Saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan makanan sarapan Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, eskport perdagangan daging dan tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi dan potensi eksport produk lokal SME ke New Zealand,” tulisnya di kapsyen.

Khairul Aming

Dalam video sama juga, Presiden New Zealand, Christopher Luxon menganggap Aming sebagai seorang legenda serta memuji ‘tagline Hey What’s Up Guys’ yang digunakannya dalam setiap video milik pemenang Creator Of The Year TikTok Awards 2023 ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Aming.

Artikel Berkaitan: “A Friend Is One Who Sees You Fault” – Khairul Aming Label Azfar Heri Kawan Susah Senang

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Tiru Khairul Aming, Tapi Ambil Inspirasi” – Che Sayang Kitchen

Artikel Berkaitan: Gesa Ibu Bapa Pantau Anak-Anak Isu Buli Siber, Khairul Aming Mengaku Terkesan Terima Komen Negatif -“Nak Kata Saya Tak Ada Haters, Tipulah!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

两大影帝古天乐张家辉807来马!为电影《使徒行者2》宣传造势

古天乐和张家辉8月7日来马,以24 小时旋风式为电影《使徒行者2:谍影行动》进行宣传造势!

Featured Wed, 18 Sep 2024

Fattah Amin Curang? Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Hentikan Fitnah – “Fazura Sendiri Tak Cakap Suami Dia Curang”

Betul, tak ada sebab kita nak judge rumah tangga orang lain. Doakan yang baik-baik sahaja okay🫶

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Mon, 22 Apr 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!

Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu. Alhamdulillah…

Featured Thu, 2 Jan 2025

Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Tyzo Xander Mengaku ‘Terdesak’ Nak Kahwin?

“Tahun depan kalau tak dapat ‘restu’ juga saya akan paksa ajak kahwin lari -Tyzo Xander

Featured Mon, 28 Oct 2024

Kaka Azraff Sah Cerai Talak Satu?

Serius lah???😱😱😱

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
error: Content is protected !!