Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 30, 2024 @ 4:00pm

Gesa Ibu Bapa Pantau Anak-Anak Isu Buli Siber, Khairul Aming Mengaku Terkesan Terima Komen Negatif -“Nak Kata Saya Tak Ada Haters, Tipulah!”

Walaupun sudah berkecimpung sebagai pencipta kandungan (Content Creators) sejak lapan tahun lalu, personaliti media sosial popular, Khairul Aming tampil memberikan respons susulan kes buli siber yang semakin membimbangkan dalam kalangan generasi muda.

Kata Aming, meskipun isu ini sukar dikawal, masih terdapat segelintir pempengaruh media sosial yang masih belum matang untuk menghadapi situasi ini.

“Buli siber sebenarnya wujud di mana-mana platform tetapi susah nak dikawal buat masa sekarang, kerana kadang-kadang ianya berkias. Tengok macam tak ada apa-apa tetapi tuan badan sahaja yang memahami bahawa dia sedang diserang.

“Saya cuma pesan untuk adik-adik. Mereka ini sebenarnya tak cukup matang nak hadap pandangan orang ramai. Macam saya, saya sudah bermula sejak lapan tahun lalu.

“Jadi apabila daripada platform kecil pergi ke platform besar, saya dah boleh terima kecaman orang.

“Tapi untuk adik-adik yang baru nak mula dan kemudian video mereka tular, mereka tak boleh nak hadam perkara ini,” katanya.

Aming berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media TikTok Award yang diadakan di The Estate, Bukit Damansara baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai seorang senior dalam bidang ini,  dia juga masih tidak lari dari menerima kecaman meskipun menganggap respons negatif yang diberikan itu adalah salah satu cara untuknya menambah baik kandungan yang dihasilkan.

“Kalau nak kata saya tak ada haters tipulah. Cuma tak teruk sangat.

“Tak boleh nak kata tidak terkesan, saya juga manusia yang ada perasaan. Saya juga faham ianya sebahagian daripada industri.

“Saya baca komen semua sebab nak tahu dan daripada situlah saya akan menambah baik diri saya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Aming menasihatkan agar ibu bapa khasnya, memantau anak-anak remaja yang kini terdedah dengan penggunaan media sosial untuk tidak terus melayan komen negatif yang diberikan pengikut mereka.

“Jadi saya minta, ibu bapa atau penjaga pantau anak-anak. Jangan biar mereka terdedah dengan respons yang negatif takut mereka tak boleh kawal,” tambahnya.

Sekadar info, nama Khairul Aming mula menjadi siulan masyarakat Malaysia apabila dia tampil dengan kandungan video masakan.

Pada 2018, Aming sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila video tahunan yang diterbitkannya dan diberi nama, ’30 Hari, 30 Resepi’ yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan viral.

Dan, pada 27 Ogos tahun lalu, atas usaha gigih yang dipersembahkan buat pengikut-pengikutnya, Aming telah dinobatkan sebagai pemenang Pencipta Kandungan Tahun Ini (2023) dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

‘Syukur Peminat Belum Jemu’- Dayang Nurfaizah

Dayang yang menggayakan empat busana rekaan Datuk Rizalman Ibrahim juga berharap peminat yang tidak berkesempatan untuk menonton konsert di Istana Budaya dapat hadir di Singapura pada 28 Disember depan. 

Hiburan Thu, 10 Jul 2025

Bakal Gegar Mega Star Arena 29 November Ini, DiA Misha Omar Jadi Riwayat Cinta Peminat

Konsert DiA Misha Omar bakal gegar Mega Star Arena 29 November Ini

Featured Fri, 17 Jan 2025

Raut Wajah Persis Lelaki, Zahnita Wilson Mengaku Miliki Muka Jenis ‘Androgynous’- “Saya Adalah Wanita Dengan Ciri Maskulin & Feminin”

“Saya belajar bagaiman untuk menggunakan kelebihan yang ada pada wajah saya secara semula jadi’- Zahnita

Featured Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Menumbuk & Menendang Pengawal Keselamatan, Kes Sharnaaz Ahmad Masih Belum Terima Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Pihak berkuasa masih menunggu arahan selepas kertas siasatan dirujuk kepada TPR

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Rindukan Ustaz Adam Dan Nur? Ini Berita Baik Untuk Anda!

“Utk para peminat drama Nur, officially abam would like to announce NUR2 akan masuk set tak lama lagi,” tulisnya dan ditag nama-nama pelakon dan krew yang terlibat di dalam Nur sebelum ini seperti @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani dan ramai lagi.

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Rosyam Nor Terkejut Pasaraya Terima Sambutan Luar Biasa

Jangan risau, Hero Malaya ni takkan bersara dari dunia lakonan pun!

Kisah Viral Tue, 13 Sep 2022
Trending Tue, 2 Jun 2020
error: Content is protected !!