Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina June 2, 2020 @ 8:00am

Malaysia Berdepan Cabaran Baharu, Kes Libatkan Warga Asing Semakin Meningkat – KP Kesihatan

Malaysia kini berdepan dengan cabaran baharu yang perlu ditangani bersama-sama apabila peningkatan terhadap bilangan kes bukan warganegara yang positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, perkara itu disebabkan kes import dari luar negara serta penularan wabak dalam kalangan bukan warganegara di beberapa Depoh Tahanan Imigresen dan juga dalam kalangan pekerja asing dalam pelbagai sektor di dalam komuniti.

Jangan Sisihkan, Sebaliknya Tangani Bersama

Walaupun warga asing menyumbang kepada peningkatan kes, Dr. Noor Hisham menegaskan mereka tidak harus disisih kerana kehadiran mereka sebagai pekerja telah membantu dalam memperkasa ekonomi negara.

“Oleh itu, pendekatan seluruh jentera kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat diperlukan, agar isu ini dapat ditangani secara menyeluruh.

Majikan bertanggungjawab memberi pendidikan kepada pekerja bukan warganegara masing-masing, tentang amalan kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19,” katanya.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang patuhi SOP! Ayuh sama-sama kita bantu untuk mengekang penularan rantaian wabak ini di negara kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2024
Trending Wed, 3 Oct 2018

Rosmah Ke SPRM Kali Ketiga

Ini kali ketiga beliau hadir memberi keterangan di sini dan difahamkan, mungkin kali terakhir Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah terhadap beberapa pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Featured Wed, 29 Dec 2021

“Ibu Look, I Made It” – Zynakal Tak Sangka Menang Anugerah Komposer Muda Berpotensi

Penyanyi Zynakal meluahkan rasa gembira apabila memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika pada Selasa. Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq […]

Featured Mon, 21 Oct 2024
error: Content is protected !!