Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 3, 2018 @ 11:45am

Rosmah Ke SPRM Kali Ketiga

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 10.42 pagi ini.

Rosmah dilihat masuk ke perkarangan SPRM menaiki kenderaan Proton Perdana dengan diiringi satu lagi kenderaan.

Beliau yang memakai baju kurung dan selendang hijau muda masuk ke lobi Ibu Pejabat SPRM dengan diiringi beberapa kakitangan suruhanjaya berkenaan.

Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram.

Ini kali ketiga beliau hadir memberi keterangan di sini dan difahamkan, mungkin kali terakhir Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah terhadap beberapa pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Pada 26 September lalu, Rosmah memberi keterangan kepada SPRM hampir 13 jam.

Tindakan memanggil beliau adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Terdahulu, peguamnya, Datuk K Kumaraendran dilihat memasuki bangunan di sini jam 10.04 pagi.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

Trending Mon, 10 May 2021

Adrian & Amyza Aznan Lagukan Salam Sayang

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Ini merupakan tahun kedua kita bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Mana tidaknya, sudah dua tahun kemeriahan […]

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Teruja Bawa Watak Rashid Sidek, Kim Azzim Anggap Filem ‘Sentuhan Wira’ Sebagai Pencapaian Besar Dalam Karier

Bakal membawa watak legenda badminton Datuk Rashid Sidek, Kim Azzim bersyukur & teruja atas kepercayaan yang diberikan.

Featured Wed, 8 May 2024

Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan 

Moga FH dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sediakala!💪💪💪

error: Content is protected !!