Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 16, 2024 @ 7:55pm

Ada Unsur Penghinaan Terhadap Agama, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Akan Dituduh Di Mahkamah Esok

Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, esok.

Menurut laporan Harian Metro, pertuduhan akan dibuat terhadap Pengarah Mohd Khairianwar Jailani dan Penerbit, Tan Meng Kheng mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana didakwa mempunyai unsur penghinaan terhadap agama.

Terdahulu, babak watak utama, Aisyah mahu memakan daging babi menjadi tular berserta babak bapa membenarkannya meninggalkan Islam dan memeluk agama lain.

Ia sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna media sosial, malah ada yang mempersoalkan bagaimana filem berkenaan dibenarkan untuk tontonan umum.

Susulan itu Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi dengan jalan cerita yang didakwa mempersendakan Islam.

Pihak berkuasa turut mewartakan perintah larangan terhadap penayangan filem kontroversi, itu di seluruh negara.

Warta bertarikh 1 September itu dikeluarkan menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023, turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

Warta itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 21 Ogos lalu.

Tahun lalu, Filem Mentega Terbang mendapat kecaman dan tentangan hebat daripada pelbagai pihak sehingga pihak produksi dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Malah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memaklumkan bahawa platform penstriman Viu telah menghentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan Pengarah & Pelakon Filem Sensasi ‘Mentega Terbang’ Disimbah Cat, Diugut Bunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Filem Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Tentangan Yang Jelas Dengan Akidah & Cara Hidup Islam, Pihak Terlibat Bakal Dipanggil

Sumber: Harian Metro  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

“Gaduh memang kena gaduh. Tapi sebenarnya kami semua sudah macam adik-beradik” – AC MIZAL

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Trending Mon, 12 Mar 2018

31-Year-Old Mum Decides to Study in Kindergarten for Daughter’s Sake

Some people would be too embarrassed at this point, but this mum would do anything for her daughter.

Hiburan Fri, 21 Nov 2025

Ucapan Hari Lahir Bapa Mentua Bertukar Syahdu, Rebecca Nur Al Islam Beri Bayangan Banyak Pendam Hal Rumah Tangga?

“Tak sangka jodoh Becca dan Azam sampai di sini saja” – Rebecca Nur Al Islam

Featured Fri, 11 Oct 2024
error: Content is protected !!