Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 2, 2023 @ 11:06am

Isu Filem Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Tentangan Yang Jelas Dengan Akidah & Cara Hidup Islam, Pihak Terlibat Bakal Dipanggil

Minggu ini heboh di media sosial mengenai filem Mentega Terbang yang didakwa mengandungi unsur-unsur yang memainkan sentimen agama sehingga mencetuskan pertikaian pelbagai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice Bengang Filem Mainkan Isu Agama Disiarkan, Minta Kementerian & JAKIM Ambil Tindakan Keras

Terkini, perkara tersebut telah mendapat perhatian pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar.

Menurut Na’im, dia telah menerima penilitian daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai filem tersebut.

“Saya telah mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem tersebut. Hasil penelitian JAKIM mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

“Pihak JAKIM telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

“Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Dalam pada itu, Na’im menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam sebarang penerbitan yang jelas bertentangan dengan kesucian agama Islam dan menasihatkan penggiat seni agar lebih sensitif dalam menerbitkan kandungan.

“Ingin ditegaskan, bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat Kerajaan menuju Negara Madani akan tercapai,” tgasnya.

Tambahnya, masyarakat juga dinasihatkan untuk peka dalam memilih rancangan yang disiarkan di kaca televisyen (TV).

“Masyarakat awam juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih rancangan TV untuk tontonan seisi keluarga samada di platform dalam talian mahupun mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah,” tutupnya.

Terdahulu, tular di media sosial filem Mentega Terbang yang didakwa mempromosikan pluralisme kerana terdapat unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Mentega Terbang ditayangkan pada 19 Januari lalu mengisahkan pencarian seorang remaja terhadap apakah yang akan berlaku selepas seseorang itu meninggal dunia. Mentega Terbang juga mengangkat topik agama dan kepercayaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Pasti remuk hatinya melihat keadaan ‘buah hatinya’ itu

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

FROM COMEDIAN TO IDOL? WHAT DOES KANG HO DONG HAVE IN MIND?

Famous South Korean comedian, Kang Ho Dong has expressed his plans to become an idol!

Trending Wed, 20 May 2020

PKPB : Cubaan Balik Kampung Sia-Sia, PDRM Arah Patah Balik

Hormati SOP yang ditetapkan dan jangan degil!

Featured Thu, 11 Aug 2022

Berpeluang Rasai Kemanisan Ibadah Dalam Lokap, Niezam Zaidi Ingin Lupa Detik Gelap – “Saya Reda.. Seribu Mengecam, Seribu Lagi…”

Niezam menyatakan kemanisan beribadah adalah saat paling indah sepanjang 29 tahun bernafas di muka bumi ini

OMG Thu, 12 Jul 2018

Wow! Mak Cun Adventure Curi Perhatian Peminat, Catat 250,000 Muat Turun Dalam Masa Singkat

Mak Cun’s Adventure mula mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat 100,000 muat turun dalam hanya tempoh 10 hari sahaja. Wow!

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

error: Content is protected !!