Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 11, 2022 @ 6:47pm

Berpeluang Rasai Kemanisan Ibadah Dalam Lokap, Niezam Zaidi Ingin Lupa Detik Gelap – “Saya Reda.. Seribu Mengecam, Seribu Lagi…”

Pelakon Niezam Zaidi mengakui sekiranya dia tidak berpegang kepada agama Islam, sudah lama dia akan gila atau bunuh diri sekiranya diajukan soalan mengenai kesihatan mental.

Terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini, Niezam mengakui memori buruk itu menjadi penawar untuk perjalanan kehidupannya.

“Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah gila atau bunuh diri. Saya minta maaf kerana berkata sebegini. Banyak perkara yang telah berlaku kepada saya. Saya bersyukur sebab mungkin ia dilihat sebagai kenangan pahit dalam hidup orang lain tapi pada saya pahit itu adalah ubat,” ujarnya.

Menurut Niezam, mentalnya teruk diganggu selepas namanya terpalit isu dadah pada Oktober lalu, dipercayai telah menyebabkan namanya disenarai hitam oleh setengah produksi.

“Masalah mental ini betul, tolong jangan buat main sebab tak semua yang ditunjuk orang lain di media sosial menggambarkan diri dia okay, dia boleh tengok berapa orang kecam dia.

“Walaupun dengan membaca mungkin tidak setajam pisau, tidak setajam mulut daripada komen-komen yang tak membina, tapi ia boleh mengganggu mental.

“Saya terpaksa hidup dengan situasi itu dan antara sebab mengapa saya memilih untuk  pulang ke kampung halaman dan mencari ketenangan,” katanya.

Ketika ditemui media baru-baru ini, aktor versatil itu turut mengakui keluarga adalah antara sumber kekuatannya yang terus menyuntik semangat untuk melupakan detik hitam dalam hidupnya.

“Saya ingin lupakan detik hitam tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Masa senang memang kawan kita ramai, bila susah, keluarga juga yang datang dulu. Masa insiden di Kuala Kangsar, papa saya yang datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.

“Mak saya pula sekarang tengah sakit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Selagi boleh berjasa, kita buat,” kongsinya lagi.

Niezam yang tidak dapat menahan sebak memberitahu, kekuatan yang diperolehinya ketika ini membuatkan dirinya semakin matang dalam menghadapi setiap ujian dan liku kehidupan.

“Banyak kejadian yang mematangkan hidup saya, banyak pengajaran. Alhamdulillah, saya reda… Seribu orang yang kecam, ada sepuluh orang yang sayang saya, saya dah bersyukur dah,” katanya.

Sementara itu, Niezam turut mengakui dia bersyukur diberi pulang untuk merasai kemanisan ketika beribadah sewaktu di tahan dalam lokap.

“Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu macam mana perasaannya. Tapi saya dapat perasaan seronok nak beribadah ketika di dalam lokap. Itu perasaan paling indah dalam hidup saya.

“Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Thu, 17 Oct 2024

“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

‘Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan di pintu mahkamah’ – Diana Danielle

Hiburan Fri, 3 Jan 2025

Yana Samsudin Terkejut Nama Suami Kena Petik, Dikaitkan Dengan Isu D*dah Ketika Tunai Umrah

Yana Samsudin terkejut nama suaminya, Fadzil Zahari kena petik sebagai selebriti yang ditahan pihak berkuasa kerana memiliki dadah.

Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Isteri Dah Bersalin, Saya Masih Pregnant” – Fazley Yaakob Dedah Hilang 30 KG, Badan Slim Tapi Lembik & Gemuk Air

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan beratnya turun sebanyak 30 kilogram (kg) tetapi badannya masih lembik dan ‘gemuk air’. Berkongsi perubahan bentuk badannya sebagai motivasi di laman Instagram, semuanya bermula ketika Fazley menemani […]

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Alahai Comelnya Anak Sulung Abam Bocey!

Comelnya Syed Uthman Hamzah!

Featured Thu, 13 Mar 2025

Nafi ‘Downgrade’ Diri, Ifa Raziah Tak Kisah Dihentam… Mahu Bersaing Secara Sihat Dengan Orang Lain

Kata Ifa, tiada istilah ‘downgrade’ kerana penganjuran kali ini sedikit berbeza.

error: Content is protected !!