Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 21, 2022 @ 11:58am

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Selepas empat bulan berehat, pemain basikal Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan dua individu yang telah berhempas-pulas merawat dan menyelamatkan nyawanya.

Menerusi perkongsian di Instagram dan Facebook, Azizul telah memuat naik gambar bersama dua pakar jantung yang merawatnya ketika diserang sakit Anomalous Right Coronary Artery.

“Alhamdulilah syukur sudah hampir masuk 4 setengah purnama selepas saya melakukan open heart surgery untuk membaik pulih kondisi congenital heart disease yang saya alami.

“Saya amat bersyukur kerana ada banyak pihak yang terlibat di belakang tabir untuk memastikan saya dapat rawatan yang terbaik dan memastikan saya selamat.

“Dalam gambar ini, saya bersama dua pakar jantung yang bertanggungjawab membaik pulih dan mencari solusi terbaik untuk keadaan rare heart condition saya,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, atlet yang digelar ‘The Pocket Roketman’ itu memaklumkan jenis penyakit jantung yang dialaminya itu berlaku kepada satu peratus dalam populasi dan hanya pakar yang mahir sahaja mampu atasi komplikasi tersebut.

Malah, Azizul turut meluahkan rasa syukurnya apabila dipertemukan dengan kedua-dua doktor pakar tersebut iaitu Dato Seri Dr. Jeffrey Jeswant dan Dr. Aubrey Almeida.

“Di sebelah kiri saya ni adalah Dato Seri Dr. Jeffrey Jeswant (Dr. Jess) pakar dari IJN Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran di dalam kes seperti saya ini dan beliaulah yang memberikan maklumat dari A hingga ke Z, strategi serta solusi yang terbaik.

“Memandangkan saya berada di Melbourne dan keadaan tidak mengizinkan untuk saya pulang ke Malaysia untuk rawatan, beliau mencadangkan supaya saya berjumpa dengan Dr. Aubrey Almeida (sebelah kanan saya).

“Di Australia juga tidak ramai pakar yang pernah handle case seperti saya ini dan Dr. Aubrey adalah antara pakar paling senior dan berpengalaman luas di dalam situasi kondisi saya,” katanya.

Azizul turut menyatakan sebelum ini dia pernah berjumpa dengan beberapa pakar yang lain, namun beliau nekad memilih kedua-dua pakar tersebut untuk melakukan pembedahan tersebut.

“Sebelum itu lagi saya juga ada berjumpa dengan beberapa pakar yang lain juga, akan tetapi akhirnya saya memilih untuk dibedah oleh Dr. Aubrey dan Dr. Jess.

“Dr. Jess turun ke Melbourne, di hantar oleh pihak KBS-OCM-IJN untuk team up bersama Dr. Aubrey disini. Mengetahui yang saya mempunyai the best team,” jelasnya.

Selain Dr. Jess dan Dr. Aubrey, Azizul juga turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan di Malaysia dan Melbourne serta penyokong yang mendoakan kesihatannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Kolaborasi Unik Siti Nordiana Bersama Apit Tearra, ‘Merayu Angan’ Satukan Rap & Jiwang Leleh

Merayu Angan mengadun emosi cinta menerusi gabungan rap dan jiwang leleh.

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Sat, 11 Oct 2025

Tular Video Diminta Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Tegas – “Hebat Betul Jawapan Dia”

Apa yang mencuri perhatian adalah respons Ameera ketika diminta untuk melepaskan jaket yang dipakainya

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Kontroversi Bukan Punca Putus Cinta, Intan Najuwa Kembali Solo

Patah tumbuh hilang berganti, InshaAllah ada yang lebih baik untuk Intan…

Featured Sat, 9 Aug 2025
error: Content is protected !!