Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 7, 2018 @ 3:05pm

Tak Mahu Lagi Kejar Dunia, Awi Rafael Tukar Selera?

Pernah menghasilkan beberapa lagu hits seperti Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta, penyanyi Awi Rafael mengaku mahu mengubah ‘selera’ dalam menghasilkan lagu seterusnya.

Kalau sebelum ini, komposer berusia 32 tahun ini sering mencipta lagu berkisar cinta tetapi untuk projek seterusnya, dia mahukan kelainan.

“ Mungkin dulu, lagu cinta menjadi fokus tetapi kini saya lebih selesa mencipta lagu berkonsep ketuhanan dan keislaman.

“ Ramai yang mahu berhijrah dan mencari reda Ilahi. Saya percaya, lagu berkonsepkan ketuhanan dan keislaman akan menjadi pilihan ramai,” katanya.

Akuinya, dia mula ‘tersedar’ selepas sembuh daripada penyakit ekzema teruk beberapa bulan lalu sekaligus berhasrat menghasilkan lagu yang penuh nilai moral.

Terbaru, Awi yang baru tampil dengan karya bertajuk Ini Semua Dunia di mana dia mahu berkongsi dengan pendengar tentang perspektifnya dalam kehidupan.

“ Harus tahu apa yang kita patut utamakan kerana tiada apa yang kekal selamanya di dunia ini.

“ Namun begitu saya tidak menyimpan apa-apa harapan lagu baharu ini bakal mendapat kejayaan yang sama seperti lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini. Bukan pencapaian yang saya kejar,” katanya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Anak Fauziah Nawi Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Semoga dipermudahkan urusan dan Pitt selamat ditemui. Jom semua doakan!

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Azharina Azhar Nafi Dakwaan Daniesh Suffian ‘Anak Ikan’, Dedah Hubungan Sebenar

Azharina Azhar tepis dakwaan Daniesh Suffian anak ikan.

Events Tue, 31 Dec 2019

Selamat Pulang Ahmad Dhani!

Peminat #balaDewa pastinya gembira dengan perkhabaran ini kan? Tunggu saja konsert DEWA19 di Malaysia

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Featured Thu, 18 Nov 2021

Netizen Kecam Wanita Kahwin Dengan Bapa Saudara Sendiri

Sebuah klip video menunjukkan perkahwinan seorang wanita dari Sulawesi Selatan dengan bapa saudaranya di aplikasi TikTok pada Rabu. Malah, perkahwinan mereka dikecam kerana salah faham mengenai perkahwinan itu dan menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. […]

Featured Wed, 11 Mar 2026

Sharifah Aryana Kini Berhijab – “Niat Saya Betul-Betul Nak Berubah Lebih Baik”

Pelakon Sharifah Aryana atau lebih mesra disapa Yana Alyahya berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengenakan hijab sebagai langkah perubahan yang lebih baik dalam hidupnya.

Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Ibu Niezam Zaidi Meninggal Dunia

Salam takziah buat Niezam

Trending Tue, 21 Apr 2020

MKI Umum Tiada Solat Terawih Di Seluruh Negara Ramadan Ini

Ini hakikat yang terpaksa diterima..

error: Content is protected !!