Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 12, 2024 @ 6:22pm

“Dia Label Saya Artis Bermasalah” – Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Larang Ambil Berlakon, Takut Filem Tak Meletup

“Sebelum ini ada pihak larang ambil saya berlakon,” demikian pengakuan pelakon, Syafiq Kyle yang mendedahkan ada individu yang seakan tidak berpuas hati dengannya sehingga melabel selebriti ini aktor bermasalah.

Ketika ditemui XTRA, Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32 meluahkan rasa syukur filem-filemnya mendapat sambutan hangat sekali gus membuktikan bakatnya dalam industri seni hiburan.

“Bila saya tengok ada filem saya yang meletup, Alhamdulillah perkara itu paling saya risau kerana ada yang kata jangan ambil saya berlakon sebab tak akan meletup.

“Pernah sebelum ini ada pihak larang ambil saya berlakon dan melabel saya sebagai artis bermasalah,” katanya.

Syafiq bagaimanapun enggan terlalu memikirkan tentang kejayaan filem, sebaliknya memberi tumpuan dan niat asalnya sebagai pelakon dalam menyampaikan mesej positif kepada penonton.

“Tapi pada saya, semua itu bukan ‘point’ penting, paling utama adalah mesej yang hendak disampaikan kepada penonton menerusi setiap lakonan.

“Filem itu berjaya atau tidak bukan kerja saya. Paling penting saya sudah lakukan kerja dan sampaikan mesej untuk industri ini,” katanya.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Syafiq Kyle

Sementara itu, aktor filem Sheriff ini bersyukur berkat doa daripada keluarga membuatkan wajahnya sering terpampang dalam filem-filem negara.

“Saya rasa benda kejayaan diraih hari ini juga disebabkan doa daripada keluarga dan pemikiran yang dibawa serta dikongsi kepada pencinta filem sejak hari pertama masuk industri.

“Alhamdulillah tahun ini kebetulan ada tiga filem ‘back to back’ sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sepatutnya setiap tahun satu tapi bila disekalikan nampak macam setahun tiga filem,” katanya lagi.

Sejak awal tahun, Syafiq sudah muncul menerusi dua buah filem iaitu Sheriff: Narko Integriti yang mencatatkan kutipan sebanyak RM62 juta manakala The Experts pula RM11 juta.

Paling terbaharu, dia bakal muncul menerusi filem Takluk: Lahad Datu bermula 22 Ogos depan yang turut menampilkan barisan pelakon hebat lain antaranya Kamal Adli, Eman Manan, Fikry Ibrahim dan Anding Indrawani.

Artikel Berkaitan: “Awak Memang The Best!” – Mimi Lana Terharu Syafiq Kyle Dah Tonton Telefilem ‘Perempuan Paling Merana’

Artikel Berkaitan: Akui Masih ‘Mentah’ Dalam Industri Seni, Syafiq Kyle Tak Tergugat Kemunculan Pelakon Baharu – “Tak Ada Lagi Isu Hero Sama, Tua…”

Artikel Berkaitan: Tak Ada Masalah ‘Chemistry’ Meski Jurang Umur Jauh, Syafiq Kyle & Puteri Balqis Serasi – “Dia Sangat Disiplin”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Raja Ema Kekalkan Konsep ‘Manja’ Dalam Single Terbaru

Raja Ema memilih merakamkan lagu berkonsep ‘manja’ walaupun usia sudah mencecah 50 tahun. Masih comel & awet muda gitu…

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022
Events Wed, 14 Sep 2022
Trending Thu, 12 May 2022

Paxlovid Sembuhkan Pesakit Covid-19 Tanpa Sebarang Kesan Sampingan

Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini menyatakan Paxlovid boleh merawat pesakit Covid-19.

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Elfira Loy Akhirnya Undur Diri

Justeru itu, El terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana keadaan beliau tidak mengizinkan. Malah, beliau juga terpaksa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik yang berhampiran.

error: Content is protected !!