Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 18, 2023 @ 4:38pm

Kini Rancak Jadi ‘Content Creator’, Zarul Umbrella Tinggalkan Dunia Nyanyian?

Penyanyi, Zarul Umbrella menjelaskan dirinya masih aktif menyanyi biarpun kini giat membuat kandungan digital dan lakonan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Zarul berkata dia kini selesa menjadi pencipta kandungan atau ‘content creator’ namun ia tidak pernah melenyapkan kerjaya hakiki sebagai penyanyi.

Tambah Zarul, masanya kini lebih tertumpu kepada penghasilan rakaman kandunga digital dan podcast.

“Memang ada yang tanya, saya masih menyanyi ke? Mungkin sebab di media sosial, saya dilihat rancak dengan kandungan digital dan podcast. Ya, saya tetap dan masih menyanyi.

“Tawaran persembahan juga banyak tetapi buat masa ini, masa memang lebih ke arah rakaman kandungan digital dan podcast. Cuma saya akan rakam untuk beberapa episod sekali gus.

“Tahun depan juga kandungan digital dan podcast saya juga akan lebih gempak dengan peralatan baharu. Lebih rancak dengan kehadiran tetamu jemputan yang penuh cerita,” kongsinya.

Ujar pelantun lagu Ramalan Ku Benar Belaka ini, dia seronok menceburi bidang lakonan.

Malah memaklumkan bakal terbit dalam beberapa drama dan filem pada tahun hadapan.

“Selepas GV, peluang lakonan itu sentiasa ada. Sebelum ini tak pernah cuba tetapi bila berlakon, rasa seronok pula.

“Insya-Allah, tahun depan ada drama dan filem baharu.

“Lagu baharu pula, dalam perancangan. Saya ada mengumpul dan mendengar beberapa demo baharu, kalau tidak ada masalah tahun depan saya akan lancarkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: YouTube Bantu Tambah Pendapatan Zarul Umbrella

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Ramai Minta ‘Ramalanku Benar Belaka’, Zarul Husin Terkilan Lagu Baru Tak Dapat Sambutan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Zarul Umbrella Kecewa Pramugari Bagi Influencer 1 Beg Kacang

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 18 Apr 2022
Trending Fri, 20 Mar 2020

“Ia Mimpi Ngeri Buat Saya” Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Menderita Positif Covid-19

Semoga rakyat Malaysia jadikan iktibar atas apa yang dilalui oleh pesakit ini . #dudukrumah

Featured Fri, 28 Jun 2024

Sharifah Amani Selamat Timang Bayi Lelaki, Nama Ahmad Mohsein Jadi Pilihan

Wah, tahniah! Cantik nama baby Mohsein😍❤️

Events Mon, 1 Jul 2019

小提琴家Dennis Lau演奏会圆满举行!汇集各族好友献唱添文化色彩

大马著名小提琴家Dennis刘凯彦「The Chosen」演奏会圆满举行,圈中各族好友纷纷助阵献唱,为演奏会增添多元文化色彩。

Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Fri, 31 Jan 2025
error: Content is protected !!