Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2024 @ 5:46pm

Sharifah Amani Selamat Timang Bayi Lelaki, Nama Ahmad Mohsein Jadi Pilihan

Pelakon Sharifah Amani  Syed Zainal Rashid Al-Yahya akhirnya selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 26 Jun 2024.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Amani, 38, berkongsi mengenai perkara itu apabila memuat naik fotonya bersama suami dan juga bayi lelaki mereka.

Bagaimanapun, wajah bayi yang diberi nama Ahmed Mohsein Ahmed Faris itu tidak didedahkan.

“Assalamualaikum, please meet our little one, Ahmed Mohsein Bin Ahmed Faris. Born on 26 June 2024,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Amani turut memaklumkan, bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat selain berterima kasih atas doa yang dititipkan peminat buat mereka.

“Alhamdulillah, mom and baby are doing well. Thank you for your prayers,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmed Faris Amir (@med_faris)

 

Sekadar info, Amani dan Ahmed Faris bertunang pada Jun 2021.

Dan pada 10 September 2022, pasangan ini selamat melangsungkan perkahwinan.

Pada majlis berkenaan, Amani menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Trending Mon, 2 Apr 2018

捷运搭一半…抬头惊见「鬼男孩趴车窗」

有中国网友在社群网站透露,搭捷运到一半,抬头突然看到车窗外似乎趴在一个小男孩,本来有点想睡的他,顿时一阵清醒,连忙拍下照片发问:「这到底是干啥的??谁能解释解释!」听起来相当崩溃。

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

INI UJIAN ALLAH, KITA SEMUA INSAN LEMAH – SOFI JIKAN

Pelakon filem KL Gangster 2 ini ditahan reman selama tiga hari untuk membuat siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Walau bagaimanapun, tempoh reman tidak akan disambung terhadap pelakon berusia 48 ini.

Hiburan Tue, 20 Jan 2026

“Orang Kata Saya Overthinking” – Scha Alyahya Tegas Jaga Pergaulan Anak

Scha Alyahya risau, kini lebih berhati-hati dengan pergaulan anak-anak

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ogy Ahmad Daud Kini Mangsa Serangan Netizen?

Tambah Ogy lagi, dia begitu sensitif terhadap isu ini kerana ianya turut mengaitkan nama ibu bapa mereka iaitu pelakon era 1950-an, Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah

Hiburan Thu, 26 Dec 2024

Platform Martabatkan Semula Muzik Rock Tanah Air, Konsert Rock Kapak 2 Bakal Gegar Panggung Asia Kuala Lumpur

Band-band rock Malaysia yang bakal beraksi adalah Gamma, Gravity dan RockapaK Band termasuk penampilan istimewa Amir SYJ/SOFEA serta Joe Rockers.

Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

error: Content is protected !!