Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 26, 2024 @ 5:58pm

Platform Martabatkan Semula Muzik Rock Tanah Air, Konsert Rock Kapak 2 Bakal Gegar Panggung Asia Kuala Lumpur

Konsert Rock Kapak yang telah dianjurkan oleh Boss Production dan Attah Music pada 7 Oktober 2023 lalu mendapat sambutan menggalakan serta meninggalkan kesan mendalam kepada peminat peminat muzik Malaysia. Ia juga membangkitkan semula nostalgia, kegemilangan dan populariti muzik Rock era 1980-an.

Di atas kepercayaan serta permintaan dari peminat peminat, kini Attah Music yang dimiliki Hatta Junction kembali menganjurkan Konsert Rock Kapak 2 yang akan berlangsung pada Sabtu, 28 Disember 2024 di Panggung Asia Kuala Lumpur.

Band-band rock Malaysia yang bakal beraksi adalah Gamma, Gravity dan RockapaK Band termasuk penampilan istimewa Amir SYJ/SOFEA serta Joe Rockers.

Hatta berkata, Konsert Rock Kapak 2 dijangka memberi pengalaman dan suasana berlainan baik dari segi pemilihan band yang terlibat.

“Tidak terkecuali juga, ialah lagu lagu nostalgia heavy rock dan hits balada mereka yang pernah mendominasi industri muzik tanahair. Tidak dapat dinafikan lagu lagu ini masih diminati serta tidak jemu didengar. Penonton akan menikmati persembahan istimewa yang seolah olah membawa anda kembali ke suasana masa lalu,” katanya.

Hatta, 57, berkata, dia cuba mewujudkan peluang kepada rakan-rakan industri menerusi penganjuran konsert ini.

“Saya nak beritahu peminat yang kami masih aktif, masih beraksi atas pentas. Contohnya band pengiring saya Rockapak Band yang menampilkan anggota SYJ/ Sofea yang original. Sekarang kita tengok SYJ/ Sofea dikendalikan oleh Sofea Legacy yang dipanggil pelapis. Yang original dah tiada.

“Legenda macam itu kalau dibiarkan lama-lama, dia tak aktif lama-lama tiadalah, dan orang dah tak ingat. Orang pun tak tahu perkembangan mereka. Rockapak Band menampilkan Zam SYJ/ Sofea, Mie FTG, Rosdy Desire dan Junction sendiri. Secara tak langsung peminat tahu mereka masih ada,” katanya.

Sementara itu vokalis Gamma, Blank atau sinonim dengan panggilan Atuk berkongsi perjalanannya untuk menghidupkan kembali kumpulan terbabit yang dikenali menerusi lagu Lembayung, Kembang Terhalang dan Penyair Cinta.

“Sebelum ini saya sering tampil seorang diri. Namun, selepas berbincang dengan anggota asal, mereka setuju untuk kembali bersama. Untuk konsert ini, empat anggota asal Gamma akan turut serta, kecuali pemain dram yang digantikan oleh bekas anggota kumpulan Lela,” katanya.

Isa Gravity pula meluahkan rasa teruja diundang menjayakan konsert ini.

“Kali ini, saya akan tampil bersama Gravity sepenuhnya. Saya berharap konsert ini berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada peminat.” katanya.

Konsert Rock Kapak 2 bukan sekadar menampilkan persembahan muzik tetapi penonton turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya wang tunai, amplifier gitar, gitar elektrik, gitar akustik, alat alat muzik, t’shirt, poster, button band, pakej percutian serta pelbagai barangan lain ditaja khas oleh 72 Guitar Hunters, Scorpions Bikers, Mentari Merah Entertainment, Rockstage Entertainment, Pemburu Buah Group dan AR Travel and Tours.

Pengunjung yang bergaya dengan pakaian rock terbaik pada malam konsert tersebut pula berpeluang memenangi hadiah wangntunai, sijil dan cendera hati yang menarik. Merchandise konsert dan band yang terlibat juga boleh didapati di konsert tersebut.

Tiket berharga RM100 seorang boleh didapati melalui (MM 019-2407 994), (Chip Malaya 019-694 7784), (Epain 017-249 4273) dan (Linda 019-233 3435.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2026

Daiyan Trisha Anggap Individu Bandingkan Kecantikan Muka & Tangan Sebagai Kelakar – “Itu Anggota Yang Paling Saya Suka Tentang Diri Saya” 

Daiyan Trisha, menyifatkan tindakan segelintir individu yang membandingkan kecantikan wajah dan tangannya sebagai sesuatu yang melucukan.

Trending Sat, 1 Jan 2022

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi. Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke […]

Events Fri, 30 Nov 2018
Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Charlie’s Angels 3 Lebih Moden?

Siri terbaru Charlie’s Angels ini menandakan era baru Hollywood yang semakin mempercayai bakat golongan wanita untuk mengarah filem berbajet besar dan mempromosikan kepelbagaian kaum kerana Scott berketurunan India manakala Balinska pula ialah aktres berdarah campuran.

Contest Tue, 14 Jan 2020

xtra好康头 | 送你双威主题乐园门票玩转金鼠年

欢乐数不清!xtra好康头要送你双威主题乐园门票,让你在这个农历新年玩转金鼠年~

Hiburan Wed, 19 Feb 2025

Beli Barang Baby Di TikTok, Atikah Suhaime Dipuji Merendah Diri – “Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Belanja Macam Orang Biasa”

meskipun berstatus Datin tapi Atikah Suhaime merendah diri beli barang anak di TikTok

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

error: Content is protected !!