Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom December 15, 2018 @ 9:00am

Selamat Tinggal Zaman Bujang, Kaka Azraff Kini Isteri Orang!

Selamat pengantin baru Kaka! Alhamdulillah dengan hanya sekali lafaz penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Adam Azriff, 25, kira-kira jam 9.53 malam tadi.
 
Bertemakan Melayu Klasik, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di kediaman jurusolek terkenal, Saidatul Nisa, juga merupakan ibu saudara kepada penyanyi itu. Malah hanya dihadiri keluarga serta sahabat-handai terdekat.
 
Kaka ditemani ibunya, Redida Aziz, diwalikan oleh bapa saudaranya Nor Izam Aminuddin dan dinikahkan oleh Jurunikah Rujuk dan Cerai Klang, Ustaz Azmi Selamat dengan mas kahwin RM300. 
 

Foto: Shahril Omaq

 
Mempelai perempuan menyediakan sebanyak 7 dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki. Bagaimanapun jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.
 
Kaka ketika ditemui, meluahkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar sekaligus mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri.
 

Foto: Shahril Omaq

 
“InsyaAllah saya sudah bersedia dan berharap dapat memikul tanggungjawab baru ini dengan baik.
 
“Adam adalah sahabat saya, namun beberapa bulan kebelakangan ini persahabatan bertukar menjadi hubungan istimewa. Di antara kami punya keserasian.
 
“Selain itu, Adam seorang lelaki yang ikhlas menerima diri saya seadanya,” katanya anggun dalam persalinan serba putih rekaan Tangsi Tujuh dan dirias cantik oleh jurusolek, Emmy Agung.
 
Mengambil keputusan bernikah kurang sebulan dari tempoh merisik yang diadakan pada 27 November lalu, pasangan ini enggan melengahkan perkara yang baik.
 

Foto: Shahril Omaq

 
Dalam temubual ringkas bersama Adam, dia menyukai Kaka kerana sikap terbuka, gila-gila juga kesederhanaan penyanyi yang cukup hit dengan lagu Bukan Hal Aku dan Sibuk itu. Selain mengagumi Kaka yang disifatkan sebagai seorang yang berdikari.
 
“Sama seperti saya, Kaka juga menerima diri saya seadanya. Dia bukan saja kekasih tetapi juga sahabat.
 
“InsyaAllah, saya akan terus menyokong karier seni Kaka dan tidak akan menghalangnya kerana saya percaya Kaka pandai jaga diri,” katanya.
 
Belum menetapkan destinasi berbulan madu, pasangan ini ingin memberi fokus terlebih dahulu pada majlis resepsi mereka yang akan diadakan pada 22 Disember ini, membabitkan tetamu terdiri daripada keluarga, peminat, rakan artis dan pengamal media.

 Sumber video: Harian Metro
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Featured Tue, 3 Aug 2021

Sumbangan 415, 000 Dos AstraZeneca Diterima Hari Pertama

Kerajaan hari ini menerima sejumlah 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan dari Kerajaan United Kingdom yang bakal digunakan sebagai dos vaksin pertama. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakarsumbangan berkenaan akan […]

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Pemergian Yang Sangat Dicemburui, Meninggal Pada Bulan Yang Mulia” – Pemergian Vidi Aldiano Beri Impak Pada Nora Danish 

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa sebak susulan pemergian penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, teman rapat dan peminat arwah.

Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan […]

Trending Tue, 26 Jun 2018

世界上竟然有这么美的树!果实高达40种

你相信世界上有这么美的树吗?

Featured Wed, 11 Jan 2023
Kisah Viral Thu, 19 Mar 2026

Kak KM Sering Belanja Keluarga & Staf Bercuti, Kos Cecah Ratusan Ribu Ringgit – “Cara Saya Nak Gembirakan Orang Sekeliling”

Kak KM turut berkongsi, setiap kali bercuti, dia akan membawa bukan sahaja keluarga tetapi juga anak buah dan staf, dengan jumlah keseluruhan mencecah lebih 30 orang.

error: Content is protected !!