Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 29, 2024 @ 4:18pm

“Botakkan Kepala Anak, Hati Perit Rupanya” – Ira Mohd Amin Kongsi Keadaan Terkini Anak Sulung Hidap Leukemia 

Awal Mei lalu, pengacara Ira Mohd Amin, memaklumkan anak sulungnya, Saif Zairil, 11, disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL).

Terbaharu, Ira berkongsi keadaan terkini anak lelakinya itu yang kini di rawat di sebuah hospital dengan memuat naik foto dia bersama Saif.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut berkongsi sebuah foto yang memaparkan rambut Saif yang telah digunting.

“Always be my handsome number 1 with or without hair #SaifWarrior,” tulis Ira di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Ira turut memaklumkan Saif nekad untuk membotakkan kepalanya setelah mengalami keguguran rambut yang teruk.

“Saif nak Mama Baba potong rambut Saif botak. Rambut Saif dah banyak sangat gugur. Baba cakap bangun pagi tadi paling banyak.

“Saif nak botak terus, tapi takut so every time dia akan cakap ok then after few seconds “Ok Saif tak ready lagi” but now.. you’re ready. That’s what Mama Baba thinks.

“Tak sangka selalu tengok video orang lain, now we’re really facing it. Botakkan kepala anak, hati perit rupanya. Saif, Mama, Baba menangis sama sama dalam bathroom,” kongsi Ira.

Kongsi Ira lagi, dia dan suami tidak melepaskan peluang untuk merakam momen tersebut kerana ia pertama kali mereka laluinya bersama.

“We recorded that moment together. Nanti saif dah sihat you can look back all the photos and videos mama baba took ok?

“‘Saif rasa best la botak’ fews moments later ‘Saif dah takde rambut Ma’. Semua benda Saif lalui, Mama Baba pun first time laluinya juga nak.

“Banyak fikir Saif ni. If Saif diam sat, Ma Ba yang akan tanya sampai awak share. So awak dah terbiasa share everything with us,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Ira dan suami memohon doa pada semua agar mendoakan kesihatan anak sulungnya itu yang sudah memulakan rawatan kemoterapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Mohd Amin Maklum Anak Sulung Disahkan Hidap Leukemia, Mula Jalani Rawatan Kemoterapi – “Luruh Jantung Mama & Baba”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 May 2026

“Bila Allah Nak Bagi Rezeki, Akan Ada Ujian” – Tak Layan Spekulasi, Aisha Retno Mahu Sentiasa Bersyukur

Kadang-kadang rezeki itu sendiri datang bersama cabaran dan ujian. – Aisha Retno.

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Hampir Alami Kemurungan, Nourul Wahab Bongkar Kisah 10 Tahun Lepas

“I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang-sorang, fikir @ayu_ace, dan macam-macam lagi,” tulis penyanyi Nourul Wahab yang berkongsi kisah perit dilaluinya sepuluh tahun lalu. Menerusi laman Instagramnya, Nourul atau nama sebenarnya Noorul […]

Hiburan Sat, 12 May 2018

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Untungnya sebab boleh minta ibu baru jadi macam mana Shuib?

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖项,为中文电影增光。

Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB : Lebih Banyak Sektor Industri Kecil Dibenarkan Beroperasi

Alhamdulillah buat sektor industri kecil

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Mira Filzah Mengaku Jumpa Bekas Kekasih Zizan Razak?

Walaupun sudah tidak berpasangan lagi tetapi ikatan persahabatan masih lagi kuat antara Mira Filzah dan Zizan

Trending Thu, 18 Jul 2019

Bila Selebriti Pun Sibuk Nak Try #agechallenge, Agaknya Siapa Yang Paling Hot?

Sekali-sekala artsi nak berhibur dengan apps apa salahnya kan? Netizen jangan ada yang kecam pula.

error: Content is protected !!