Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 12, 2018 @ 12:50pm

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Disebabkan akan berjauhan agak lama anak-anaknya bagi mengerjakan ibadah umrah, Siti Sarah mendedahkan anak keduanya, Talita pernah mengusulkan cadangan kepada Shuib agar mencari ibu baharu untuk mereka.

Menceritakan momen lucu itu, Sarah berkata, “Shuib ada menjelaskan kepada anak kedua kami yang kami akan berpisah agak lama. Sempat dia meminta bapanya supaya mencari ibu baharu. Ketawa saya mendengar jawapannya.

“Apabila saya terangkan semula kami akan meninggalkan mereka selama dua minggu, baru dia faham. Saya berharap diberi Allah kekuatan untuk berdepan saat itu kerana kami tidak pernah lama berjauhan dengan anak,” katanya memetik BH Online.

Sarah dan Shuib akan bertolak ke tanah suci pada Isnin ini.

Walaupun ini merupakan kali kedua Sarah mengerjakan umrah, namun dia tetap berasa gemuruh.

“Saya pernah menunaikan umrah pada tahun 2005, tetapi mungkin kerana masih terlalu muda, banyak perkara yang saya belum faham.

“Sekarang pada usia 33 tahun, saya akui agak gementar. Entahlah, sukar untuk saya terangkan perasaan ini.

“Namun saya berharap segala urusan sepanjang di sana dipermudahkan,” katanya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 7, Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2019

Penat Dengan Makian Netizen, Aliff Syukri Ajar Perbezaan Dengan Aliff Aziz

Aliff Syukri memohon netizen agar tidak terus mencaci penyanyi itu malah mendoakan yang baik

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

罗忆诗重心放歌舞剧 对前任恋情大方祝福

自庄惟翔小玉恋情公开后,日前「前任女友」罗忆诗在出席儿童歌舞剧推介礼时首度公开回应,并大方祝福对方。

Featured Sat, 28 Feb 2026

Individu Dakwa Azar Azmi & Suami Scam Jutaan Ringgit? – “Patutlah Lama Tak Berlakon, Kerja Tipu Duit Orang”

Individu yang juga usahawan produk kecantikan tampil mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa scam pelakon Azar Azmi dan suami.

Featured Sun, 14 May 2023
Hiburan Wed, 13 May 2026

Ulasan Konsert: Bukan Pada Nada, Fauziah Latiff Membuktikan ‘Kemenangan’ Sebenar Apabila Kekal Dicintai Pendengar

Mungkin nada suara berubah seiring dengan waktu. Mungkin zaman juga sudah berbeza. Tetapi aura, keikhlasan, keramahan dan jiwa seorang Fauziah Latiff tetap sukar digantikan.

Featured Mon, 7 Mar 2022
error: Content is protected !!