Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 30, 2022 @ 6:29am

Syamsul Bakal Hasilkan Filem Bukan Terbitan Skop Production: “Saya Enggan Komen” – Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam mengunci mulut mengenai berita anaknya, Syamsul Yusof yang bakal menghasilkan filem The Original Gangster.

Tidak diterbitkan oleh Skop Production, Yusof enggan mengulas lanjut kerana hal yang melibatkan keluarga boleh dikatakan agak sensitif.

“Saya enggan komen hal berkaitan dengan Syamsul. Itu hak dia. Saya dapat tahu mengenai hal ini pun selepas mendengar daripada orang. Saya tak mahu ulas sebarang perkara berkaitan hal terbabit,” katanya.

Penerbit tersohor itu diminta mengulas mengenai filem baharu, The Original Gangster yang diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films Sdn Bhd bersama Razor Edge Pictures.

Tambah Yusof, dia difahamkan Syamsul tidak menerbitkan filem KL Gangster 3 seperti yang pernah dikhabarkan sebelum ini.

“Saya difahamkan juga, Syamsul tak buat KL Gangster 3. Syamsul tukar tajuk dan dia buat cerita ini (The Original Gangster). Tapi itu hak dia. Perkara ini melibatkan anak-beranak, jadi ia agak sensitif,” katanya yang ditemui pada pementasan malam pertama teater Maduku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, Damansara, malam tadi.

Terdahulu, Syamsul berkongsi informasi mengenai karya baharu terbabit menerusi poster acah yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

Sutradara filem Munafik itu mendedahkan naskhah The Original Gangster akan menjadi filem aksi moden termahal yang pernah diterbitkan.

Barisan pelakon yang bakal membintangi filem terbabit adalah Datuk Aaron Aziz, Beto Kusyairi, Sharnaaz Ahmad, Datuk Rosyam Nor dan Syamsul sendiri bersama bintang aksi tersohor Indonesia, Yayan Ruhian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Tue, 9 May 2023

“Cuma Tak Dapat Tunai Nafkah Batin…” – Suami Miera Leyana Dedah Beri Belanja Lebih RM20,000 Sebulan Pada Isteri Pertama

Rosland dakwa menyimpan segala bukti ada memberi nafkah kepada isteri pertama, Adibah iaitu madu kepada pelakon Miera Leyana

Hiburan Fri, 5 Jul 2024
Hiburan Fri, 24 Jan 2025

Penyanyi Rap Hina Nabi Muhammad Dijatuhi Hukuman Mati

Penyanyi Rap Hina Nabi Muhammad Dijatuhi Hukuman Mati

Trending Tue, 9 Jun 2020
Featured Fri, 15 Dec 2023
Trending Thu, 9 Aug 2018

Untungnya Wanita Ini Punya Suami Yang Ikhlas Memperisteri Dan Menjaganya

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Trending Wed, 24 Aug 2022

“Sangat Humble” – Biarpun Tangan Penuh Barang, Eyra Hazali Selamba Tolong Peminat Ambil Foto

Sikap merendah diri yang ditonjolkan oleh pelakon Eyra Hazali meraih perhatian netizen. Terbaharu, nama Eyra Hazali menjadi bualan selepas videonya menawarkan diri untuk menangkap gambar peminat biarpun tangannya penuh dengan barang tular di laman TikTok. […]

error: Content is protected !!