Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 13, 2025 @ 6:10am

“Kita Hentam Saja, Tak Sangka Popular!” – Serlah Sisi Berbeza, Nama Christy Ng Semakin Dikenali Kerana Content Menghiburkan

Usahawan dan pempengaruh popular, Christy Ng mengakui video yang dihasilkan untuk kandungan media sosial telah menyerlahkan sisi berbeza dirinya.

Semakin dikenali kerana content bersama pasukannya yang dikenali sebagai The Bengap Brothers sering viral dan mendapat perhatian, Christy juga tidak menyangka kandungan yang dihasilkan menyorot perhatian ramai.

Serlah Sisi Berbeza

“Kita hentam sahaja, tak sangka popular. Apa yang bagusnya, The Bengap Boys semuanya pekerja sepenuh masa, mereka ada tugas tersendiri dan tak sangka pula kandungan saya bersama mereka mendapat perhatian.

“Ramai anggap saya sudah berusia di sekitar 56 atau 57 tahun serta ramai ingat saya seorang yang garang. Muka saya sahaja yang serius, tetapi saya seorang yang santai sahaja. Saya setuju apabila orang mengatakan saya buat content dengan mereka, sisi humor saya mula menyerlah.

“Itu adalah keindahan content kerana orang mula melihat sisi berbeza saya dan pekerja yang lain. Saya juga ‘otak masuk air’ dan gila-gila,” katanya.

Pada Awal Rasa Kekok

Tambah Christy, pada awalnya dia rasa janggal dan kekok beraksi di hadapan kamera namun lama-kelamaan ia berubah.

“Mula-mula rasa kekok. Saya terpaksa tebalkan muka macam dinding, buat sahaja dan fikirkan kesannya kemudian. Jikalau saya rasa malu atau segan, tak akan dapat tarik perhatian.

“Apa yang kami lakukan adalah menjadi diri sendiri sahaja dan orang ramai pun sukakan perkara yang kelakar. Kami mahu orang seronok tengok kandungan kami, sambil menyampaikan mesej yang baik,” katanya.

Pemilihan Nama The Bengap Brothers

Christy juga sempat mendedahkan pemilihan nama The Bengap Brothers yang diberikan kepada pasukannya.

“Sebenarnya, ia muncul secara spontan hasil parodi yang dilakukan terhadap filem popular, Blood Brothers. Saya dan pasukan buat content main hentam sahaja, tak sangka pula boleh jadi viral.

“Akhirnya, warganet dan peminat menggelarkan pekerja saya digelar The Bengap Brothers gara-gara parodi kami tentang filem Blood Brothers,” katanya lagi.

Christy ditemui dalam acara pembukaan semula butik utamanya di MyTOWN Shopping Centre, pada Isnin.

Pembukaan Semula Butik Christy Ng Di MyTOWN, KL

Sebagai jenama popular tempatan yang menawarkan pelbagai kasut dan beg wanita, butik Christy Ng dibuka dengan konsep baharu yang lebih segar dan eksklusif.

“Butik ini mula beroperasi pada tahun 2017 sebagai cawangan ketiga Christy Ng dan kini tampil dengan reka bentuk dalaman bertemakan “Cave of Curiosities” yang menampilkan gabungan tekstur dan bentuk unik bagi mencetuskan rasa kagum kepada pengunjung. “Konsep ini bukan sahaja memperbaharui pengalaman membeli-belah, malah mempamerkan susun atur produk yang lebih kemas dan interaktif, selari dengan identiti rekaan jenama tersebut,” katanya.

Pembukaan semula butik MyTOWN ini menjadi satu lagi pencapaian penting buat jenama ini yang kini giat mengembangkan sayap di pasaran Asia Tenggara.

Selepas kejayaan pelancaran butik utama di Jakarta, Indonesia pada Februari lalu, jenama ini bakal menembusi pasaran Filipina dengan pelancaran butik di Manila pada Oktober 2025. Usaha ini selaras dengan misi membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jul 2019
Featured Sat, 28 Feb 2026

Adira Suhaimi Pertaruh Luka Hati Dalam ‘Sayang Orang Sama’

Penyanyi, Adira Suhaimi kini tampil dengan single terbaharu berjudul, ‘Sayang Orang Sama’ yang menyentuh sisi emosi tentang cinta, penerimaan dan keberanian untuk merelakan.

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Hefny Sahad Teruja Tapi Tak Berharap

Mengusik soal jodoh pula, Hefny memberitahu dia kini dalam fasa memulakan hidup baru selepas putus cinta dengan pelakon Uqasha Senrose lapan bulan lalu.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019

Filem “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

‘Baby Bump’ Curi Perhatian, Umisya Mazlan Didakwa Hamil Anak Keempat?

Umisya terus berdiam diri dan tidak menjawab komen netizen

Featured Wed, 22 Sep 2021
Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Trending Tue, 3 Apr 2018

Jom Bayar Saman, JPJ Tawar Diskaun 70% Sepanjang April

Pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan diskaun berkenaan perlu hadir ke kaunter JPJ untuk membayar saman atau kompaun terbabit

error: Content is protected !!