Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 7, 2022 @ 3:27pm

“Berangan Tu Ada, Tapi Kami Tak Terfikir Pun…” – SOG Tak Sasar Award Show, Berkarya Hanya Seikhlas Hati

Kemenangan kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semalam ternyata menepati ramalan ramai pihak.

Namun, siapa sangka usaha mereka yang cukup kreatif dalam menghasilkan genre muzik yang ‘fresh’ ditambah dengan bait lirik yang cukup puitis hasil gabungan komposer Raja Nazrin dan penulis Fazleena Hishamuddin akhirnya membuahkan hasil.

ARTIKEL BERKAITAN:Tepati Ramalan, ‘Pelukan Angkasa’ Menang AJL 36

Hampir 20 tahun dalam industri muzik bebas (independent), SOG mengakui tidak pernah terfikir untuk bertanding dalam mana-mana majlis anugerah berprestij seperti AJL 36 apatah lagi memenangi anugerah terbesar itu.

Bagi mereka, setiap karya yang dihasilkan adalah lahir daripada hati yang ikhlas.

“Berangan tu ada. Kita pernah perform lagu ni macam ada satu part tu kita ada mention AJL… Sebab kita tahu pelukan Angkasa ada AJL material tapi kami tak pernah expect untuk hantar lagu ni ke pencalonan ke apa.

“Memang SOG tak tertumpu sangat kepada award show ke apa, sebab kami berkarya memang seikhlas hati lebih kepada untuk jiwa kami,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Sementara itu, vokalis kumpulan SOG, Raja Nazrin sempat berkongsi mengenai idea tercetusnya gandingan bersama Shila Amzah dan Fazleena hishamuddin menerusi lagu Pelukan Angkasa.

“Originally lagu ni sebenarnya memang dah ada plan untuk kami rakamkan dalam projek album kami. Masa tu kami kat Paris dalam tahun 2018.

“Dan kebetulan nak dijadikan cerita ada seorang produser filem ni minta kami buatkan lagu OST filem tersebut dan one of the song is Pelukan Angkasa. Dan, kami pun menjemput Kak Faz untuk menulis lirik itu,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Hot FM Big Jam 2019 Lebih Gempak, Lebih Hangat!

Hot FM Big Jam kembali lagi selepas 7 tahun!

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

河智苑弟弟全泰秀因忧郁症自杀身亡!

韩国影后河智苑的亲弟弟、演员田汰遂(前译:全泰秀)今天惊传因忧郁症而自杀身亡, 享年34岁,这是继去年底SHINee成员钟铉之后,又一艺人因忧郁症而自杀,让家人与粉丝们均悲痛不已。

Events Fri, 26 Aug 2022

Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!

Penyanyi muda yang berbakat besar! Semoga Sophia Zuhri terus sukses ❤️

Selebriti Thu, 9 Nov 2023
error: Content is protected !!